Peter Odemwingie tidak gembira di West Brom

Pemain kebangsaan Nigeria itu telah lihat permintaannya untuk berpindah ditolak oleh The Baggies minggu lalu.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Peter Odemwingie tidak gembira di West Brom

Peter Odemwingie telah mengesahkan keinginannya untuk meninggalkan West Brom bulan ini, meletakkan kesalahan atas keinginannya itu disebabkan penyokong The Baggies.

The Baggies menolak permintaan untuk berpindah dari Odemwingie, namun dia kekal berazam mahu meninggalkan kelab sebelum penutup jendela perpindahan Khamis ini, dan menggunakan Twitter bagi membincangkan tentang keputusannya kepada peminat West Brom.

"Saya boleh faham reaksi beberapa kelompok penyokong Albion tentang keinginan saya untuk tinggalkan kelab. Sebab sebenar? Kerana mereka ragui komitmen saya," katanya melalui laman blog mikro tersebut.

"Mahu tahu mengapa saya mahu tinggalkan bola sepak liga teratas musim panas lalu lebih awal dari yang saya harapkan? Mereka tahu di kelab itu."

"Penyokong Albion bukan sebab tunggal, namun mereka jadikan lebih mudah buat saya untuk kekal dan cuba yang terbaik lupakan tentang kekecewaan itu."

"Saya berjaya lakukannya. Namun ia tak berjalan lebih baik. Sebelum kekecewaan lebih besar tiba satu hari nanti, lebih baik saya pergi dengan cara baik."

"Saya gila kerana penasihat saya kata jangan gunakan Twitter, ia akan lemahkan kedudukan kami. Ia tak lemahkan apa-apa pun. Apabila saya mahu lakukan sesuatu, saya lakukannya saja."

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.