Mario Balotelli tidak akan berpindah ke AC Milan

Mario Balotelli.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Mario Balotelli tidak akan berpindah ke AC Milan

Warga Itali ini enggan menolak sama sekali peluang dapatkan penyerang kontroversi Manchester City.

Naib presiden AC Milan, Adriano Galliani memberitahu ia "99.9%" pasti bahawa penyerang  Manchester City, Mario Balotelli tidak akan menyertai kelab semasa jendela perpindahan Januari.

Pemain antarabangsa Itali itu telah lama dikaitkan dengan kepulangan ke Serie A walaupun presiden Silvio Berlusconi menegaskan kelab tidak akan membelinya.

Pengurus City, Roberto Mancini terlibat dalam pergaduhan di padang latihan dengan Balotelli awal tahun ini namun menegaskan Balo, akan kekal dengan mereka, mendakwa kelab tidak terima sebarang tawaran untuknya.

Apa pun Galliani juga menjangkakan tiada ketibaan penyerang kontroversi berusia 22 tahun itu dan berkata perpindahan itu adalah mustahil.

"Kaka dan Drogba 101% peratus tidak datang ke Milan. Balotelli? Dia 99.9%..." kata Galliani.

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.