MH370

Terkini

Sabahawks tekad beri saingan di Liga Perdana 2013


Sabahawks berwajah baru

Skuad Sabah bakal tampil berwajah baru bagi menghadapi saingan Liga Perdana 2013 dengan menyenaraikan beberapa muka baru termasuk lapan pemain dari Semenanjung dalam misi untuk kembali ke saingan elit - Liga Super 2014.


Selain itu, pasukan diberi jolokan Sabahawks turut menampilkan dua pemain import baru, Rhys David Weston (England) dan Koh Traore (Burkina Faso) yang masing-masing beraksi di posisi pertahanan dan penyerang.

Dalam Majlis Suai Kenal Pemain Sabah 2013 semalam, turut diperkenalkan ialah jurulatih import dari Ireland Utara, David McCreery yang pernah beraksi bersama Manchester United, Queens Park Rangers (QPR) dan Newcastle United sekitar 1970-an hingga 1980-an.


Pemain baru dari Semenanjung ialah Mohamad Syamsuri Mustaffa, Shahril Sa'ari dan Wan Mohd Aliff Wan Jasmi (T-Team), Mohd Hafizulldin Mohd Noor, Khairul Izwan Khalid, Wan Azwari Wan Nor dan Shahril Faizal Shariffuddin (Pahang) serta Mohd Fazilidin Khalid (Selangor).

Amaran Musa

Antara pemain musim lalu yang dikekalkan ialah Rosdin Wasli (kapten), Sumardi Hajalan, Zainizam Marjan, Juprey Omopor, Alto Linus dan Shahrudin Yakup, manakala Muhammad Ibnu Kassim, Mohd Farid Saibun dan Hardy Charles Parsi adalah tiga pemain tempatan baru yang diserapkan.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Musa Aman, memberi amaran tegas menyingkirkan pemain yang tidak setia dan mengkhianati pasukan dalam usaha mendisiplinkan pemain seterusnya membawa pasukan kembali ke Liga Super 2014.

“Pemain mesti sentiasa menjaga maruah seterusnya mengelak daripada terjebak dengan tindakan ‘tidak sihat’. Bagi saya, jika didapati ada pemain terbabit dengan gejala ini, tindakan tegas seperti disingkirkan dari pasukan mungkin dilaksanakan,” katanya.



Sabahawks tekad beri saingan di Liga Perdana 2013 Reviewed by admin Ucop on 6:18 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.