MH370

Terkini

Wenger mula ego jadi pendahulu baru EPL

Arsene Wenger


Sudah lama Arsene Wenger tidak berwajah sombong, tetapi kelmarin ada kelainan sedikit apabila Arsenal merampas status selaku pendahulu baru Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Kami ada ramuan untuk melangkah jauh musim ini dan ia sudah pasti,” kata pengendali berbangsa Perancis itu selepas ceria melihat dua jaringan Samir Nasri pada setiap babak permainan membantu The Gunners mengatasi Fulham di Emirates.

Chelsea yang memiliki peluang sama harus menggigit jari selepas sekadar seri 1-1 ketika menentang Everton manakala pendahulu sebelumnya, Manchester United turut terlepas kesempatan mendahului carta liga selepas perlawanan menentang Blackpool ditangguhkan gara-gara salji tebal.

Situasi ketika ini menyaksikan Arsenal mendahului satu mata di puncak liga, walaupun gagal mempamerkan aksi lebih baik musim ini, tetapi Wenger menjangkakan ia akan dapat diperbaiki dalam beberapa bulan akan datang.

“Buat masa ini kami berada di puncak walaupun tewas dalam tiga perlawanan di gelanggang sendiri,” katanya. “Setiap perlawanan adalah perlawanan akhir dan jika anda tidak bersedia anda tidak boleh menang.”

Mengenai jaringan cantik Nasri, Wenger berkata: “Dua gol Samir menakjubkan. Ia adalah gabungan kepintaran, bakat istimewa, sentuhan serta sifat tenang.”






Wenger mula ego jadi pendahulu baru EPL Reviewed by admin Ucop on 11:03 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.