MH370

Terkini

Ferguson puji veteran United

http://www.mirrorfootball.co.uk/match-centre/article556501.ece/ALTERNATES/gallery-large/.jpeg

Nyala kembali peluang takluk carta persada Liga Perdana Inggeris

Elemen pengalaman milik trio veteran - Paul Scholes, Ryan Giggs dan Gary Neville - ditakrif oleh Sir Alex Ferguson sebagai kunci kejayaan ketika Manchester United menewaskan pasukan tetangga, Manchester City, kelmarin.

“Pemain seperti ini banyak mempengaruhi permainan dan pengalaman mereka dalam perlawanan ini amat penting bagi membantu pemain muda lain selain turut menjadi penyumbang gol penting,” katanya.

Apapun, Ferguson tetap memuji Scholes yang memberi nyawa kepada United untuk kembali dalam saingan memburu mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan tunggalnya hasil tandukan padu menewaskan City 1-0 di gelanggang lawan.

Scholes, 35, meledak jaringan penting pada masa kecederaan ketika barisan Fergie bergelut sebelum menang yang menyaksikan pengendali berbangsa Scotland itu mengakui kejuaraan sudah pasti terlepas kepada Chelsea jika pemain tengah itu gagal menyerlah.

“Ia akan menjadi sesuatu yang amat, amat sukar jika kami tidak menang perlawanan ini,” kata Ferguson. “Saya fikir kami layak untuk menang perlawanan ini tanpa ragu-ragu namun sebenarnya saya tidak nampak bagaimana jaringan itu hadir.

“Saya memutuskan untuk meletakkan Scholes ke depan sedikit dan ternyata ia menjadi. Dia menjadi pemain terbaik perlawanan hari ini dan seorang yang amat menarik. Terbukti pemain yang penuh bakat.”

Dalam pada itu, pengurus City, Roberto Mancini bagaimanapun mengakui dirinya “marah dan kecewa” apabila pasukannya kembali tercicir dari perebutan tangga keempat liga.
“Ia lumrah bola sepak,” kata pengendali berbangsa Itali itu. “Kami amat kecewa kerana kalah dan saya marah namun sentiasa positif. Ia menakjubkan namun bagi kami, ia tidak mengubah apa-apa kerana kami masih ada baki empat perlawanan”.

Ferguson puji veteran United Reviewed by admin Ucop on 10:55 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.