Terry ceriakan kem Chelsea

JOHN TERRY (kanan) bersedia diturunkan pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Kem Chelsea menerima perkhabaran gembira menjelang pertemuan menentang Marseille pada aksi peringkat Kumpulan F saingan Liga Juara- Juara awal pagi esok.

Ini kerana, kapten skuad The Blues, John Terry dilapor telah bersedia sepenuhnya untuk kembali diturunkan pada perlawanan yang bakal berlangsung di Stadium Velodrome itu.

Sebelum ini, Terry yang juga merupakan tonggak pertahanan antarabangsa England terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga minggu ekoran masalah kecederaan pada urat saraf kakinya.

Pada awalnya, kecederaan yang dialami Terry itu dijangka pulih selepas pemain tersebut berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan.

Namun, pemeriksaan yang dijalankan bersama seorang doktor pakar di Itali telah membolehkan Terry pulih lebih awal malah tidak perlu menjalani sebarang pembedahan.

Terry yang diturunkan dalam kesebelasan utama ketika seri 1-1 dengan Everton dalam saingan Liga Perdana England, Sabtu lalu berkata, dia kini telah bersedia sepenuhnya untuk beraksi pada pertemuan menentang Marseille itu.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu yakin dia turut mampu untuk diturunkan pada aksi pertemuan Tottenham Hotspur (Spurs), Manchester United, Arsenal dan Bolton Wanderers dalam saingan liga domestik.

"Ia adalah suatu yang menakjubkan apabila dapat kembali beraksi.

"Ketika ini, kami (Chelsea) melalui detik-detik yang sukar kerana kami bukan berada pada ke- dudukan terbaik dalam saingan Liga Perdana England.

"Namun, kami masih perlu turun beraksi menentang kelab-kelab gergasi yang lain.

"Diharapkan Frank Lampard juga akan kembali pulih sepenuh- nya," jelas Terry.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.