Gol Bambang Pamungkas, Malaysia Mara ke Separuh Akhir!



Indonesia tewas Thailand, bantu Malaysia ke separuh akhir

MALAYSIA gah layak ke separuh akhir kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF selepas membelasah Laos 5-1, malam tadi tetapi anak didik K Rajagobal harus berterima kasih kepada Bambang Pamungkas dalam mengesahkan tiket mereka ke kelompok empat terakhir bagi edisi 2010.

Ketika peminat tempatan membuat tanggapan awal Indonesia ‘mungkin berpakat’ membenarkan Thailand layak bersama mereka dari Kumpulan A, ia jelas meleset apabila tuan rumah itu menang 2-1 di Jakarta menerusi dua gol sepakan penalti Bambang yang juga bekas pemain Selangor.

Skuad negara yang beraksi di Palembang mengesahkan kemenangan besar itu menerusi dua jaringan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-4 dan 41, Mohd Amirulhadi Zainal (m-74), Nurshahrul Idlan Talaha (m-77) dan Mahalli Jasuli (m-90).

Saingan separuh akhir pada 15 Disember ini, skuad negara selaku naib juara kumpulan akan menentang juara Kumpulan B yang hanya diketahui, hari ini ketika Filipina, Singapura dan Vietnam masing-masing ada peluang untuk layak.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.