Ajax perlu menang syarat ke Liga Europa


NASIB Ajax terletak pada ketangkasan Stekelenburg untuk menghampakan percubaan pemain lawan.

Ajax Amsterdam perlu menang ke atas AC Milan pada aksi pe- ringkat Kumpulan G saingan Liga Juara-Juara di Stadium Giuseppe Meazza awal pagi esok.

Hanya kemenangan sahaja yang mampu memberi jaminan buat kelab Belanda itu mengakhiri saingan peringkat Kumpulan G di tangga ketiga, sekali gus membolehkan mereka beraksi pada pusingan kedua Liga Europa.

Dua slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara telah pun menjadi milik Real Madrid selaku juara kumpulan apabila mengumpul 13 mata manakala Milan pula di tangga kedua dengan lapan mata.

Kini pemburuan bagi kedudukan ketiga peringkat Kumpulan G menjadi persaingan antara Ajax dengan kelab Perancis, Auxerre.

Ketika ini, Ajax menghuni tangga ketiga apabila mengumpul empat mata, namun hanya dipisahkan satu mata dengan Auxerre.

Disebabkan itu, kemenangan ke atas Milan sangat penting buat Ajax sambil mengharapkan Auxerre tewas di tangan Real dalam satu lagi pertemuan peringkat Kumpulan G.

Penjaga gol Ajax, Martin Stekelen- burg optimis yang kelabnya itu mampu menempah slot ke pusingan kedua saingan Liga Europa.

“Apabila kamu seri dengan Real, Milan dan Auxerre, kamu pasti- nya sedar bahawa ia bakal menjadi lebih sukar.

“Sudah pasti fokus kami (Ajax) ketika ini adalah untuk mengakhiri saingan peringkat kumpulan ditangga ketiga bagi membolehkan kami beraksi pada pusingan kedua Liga Eu- ropa.

“Ia tidak mustahil untuk dicapai kerana kami sedar pintu buat kami untuk mara ke pusi- ngan kalah mati Liga Juara- Juara telah pun tertutup.

“Jadi... saingan Liga Europa akan menjadi keutamaan kami selepas ini,” jelas Stekelenburg.

Secara dasarnya, hasrat Ajax untuk mencatatkan kemenangan ke atas Milan adalah suatu yang sukar berdasarkan prestasi semasa kedua-dua kelab tersebut.

Begitu juga dengan Auxerre yang bakal berdepan dengan Real.

Namun, baik Ajax mahupun Auxerre, kedua-duanya mempunyai satu matlamat yang sama iaitu bagi memastikan mereka beraksi pada pusingan kedua saingan Liga Europa.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.