MH370

Terkini

Materazzi, Zidane berdamai

Bekas pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi mengesahkan bahawa dia telah mengadakan pertemuan dengan Zinedine Zidane dan kedua-duanya berjabat tangan di Milan, bulan lalu.


Bekas pemain pertahanan Itali, Marco Materazzi mengesahkan bahawa dia telah mengadakan pertemuan dengan Zinedine Zidane dan kedua-duanya berjabat tangan di Milan, bulan lalu.

Kedua-dua pemain itu bertelagah sejak perlawanan akhir Piala Dunia 2006, apabila Zidane dibuang padang kerana menanduk dada Materazzi.

Ia merupakan perlawanan profesional terakhir ketua pasukan Perancis itu sebagai pemain dan dia kemudian mendakwa tindakannya itu adalah reaksi terhadap kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Materazzi terhadap kakaknya.

Bulan lalu, sebelum perlawanan Liga Juara-Juara di antara Milan dan Real Madrid di San Siro, wartawan Sepanyol mendakwa melihat kedua-dua pemain itu bersalam pada pertemuan di sebuah hotel di Milan, walaupun Zidane kemudian menafikannya.

Namun, Materazzi mendakwa mereka memang telah berjabat tangan.


"Ketika saya mahu meninggalkan hotel, ada orang datang dan menghalang saya, sambil berkata terdapat masalah.

"Mereka berkata kereta Zidane diletakkan betul-betul bersebelahan dengan kereta saya. Saya menjawab bahawa ia bukan masalah.


"Apabila saya keluar, saya berdiri betul-betul di depan Zidane, jadi saya mengambil peluang bercakap dengannya. Apa yang kami bualkan, hanya saya dan dia sahaja yang tahu, ia akan terus menjadi rahsia kami.

"Sepanjang perbualan, saya yang lebih banyak bercakap, akhirnya apabila dia menghulurkan tangan, saya terus menggenggam erat dan tidak melepaskannya, sehinggalah dia benar-benar melihat ke arah mata saya. Itulah yang saya mahu,'' katanya.

Materazzi, yang bermain untuk Inter Milan, berada di hotel pemain Real, untuk menyambut bekas pengurusnya, Jose Mourinho manakala Zidane kini memainkan peranan sebagai jurulatih dan perunding di Real.

Materazzi, Zidane berdamai Reviewed by admin Ucop on 9:15 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.