Pengurus baru Newcastle United Alan Pardew disambut dingin


PENGURUS baru Newcastle, Alan Pardew menunjukkan jersi pasukannya pada majlis pengenalan rasmi sebagai peneraju baru kelab itu di St. James Park, kelmarin.
NEWCASTLE - Alan Pardew bakal menerima sambutan dingin daripada penyokong Newcastle United selepas mengambil alih tugas sebagai pengurus.


Penyokong Newcastle masih lagi terkejut dengan pemergian yang tidak dijangka pengurus popular, Hughton dan mereka tidak tertarik dengan pengganti yang berprofil rendah, di mana jawatan terakhirnya ialah dipecat pasukan divisyen tiga, Southampton Ogos lalu.

Nama Chris Hughton akan kedengaran di sekeliling St James Park, ketika mereka menanti kunjungan musuh dalam Liga Perdana England Liverpool, esok tetapi pengendali baru itu akan membuatkan penyokong memberi penghormatan kepada pengurus terdahulu, yang dipecat.

Protes yang sama berlaku selepas bekas pengurus, Kevin Keegan meninggalkan kelab pada 2008 apabila ia dirancang oleh pemilik kelab, Mike Ashley kembali menghangatkan keadaan daripada penyokong, selepas melantik pengurus keenam dalam tempoh tiga tahun setengah pemilikannya.

Pasukan bimbingan Roy Hodgson sudah menunjukkan peningkatan setakat ini, tetapi masalah mereka adalah untuk mencatatkan kemenangan selesa, seperti menewaskan Aston Villa 3-0 bagi membolehkan mereka kembali memberi saingan di bawah kelompok empat pasukan teratas.

Berminat untuk melakukan impak segera, Pardew menolak untuk memikirkan tentang masalah di tempat duduk penonton, sebaliknya lebih berminat untuk memikirkan tentang peluang Newcastle kembali bangkit selepas lima perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Selepas menandatangani kontrak lima tahun setengah, bekas pengurus West Ham itu percaya, dia boleh mencatat kemenangan selepas prestasinya menjadi tanda tanya apabila kembali beraksi dalam liga.

"Saya tahu, saya tidak akan memenangi pertempuran dengan penyokong. Ia adalah pertempuran yang saya tidak mahu mencatatkan kemenangan. Kemenangan yang saya perlukan ialah di atas padang.

"Saya tidak akan membandingkan diri saya dengan Chris. Saya seorang pengurus yang cekap, saranan saya ialah tidak mengetahui apa yang berlaku terhadapnya. Saya orang baru di sini.

"Masalah yang saya akan hadapi adalah dengan pemain dan memastikan mesej saya dapat disampaikan kepada mereka dengan jelas supaya tidak memberikan kemarahan kepada saya.

"Jika ada bantahan terhadap Chris untuk membuktikan sokongan kepadanya, saya tidak ada sebarang masalah mengenainya, tetapi saya berharap ia dapat berakhir dengan cepat dan penyokong mula memberi sokongan kepada pasukan mereka,'' katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.