MH370

Terkini

Kelantan Idam Juara Piala Emas Raja-Raja

Kelantan mahu memenangi perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Emas Raja-Raja di Stadium Sultan Muhammed IV di sini, hari ini, sebagai pelengkap tahun kegemilangan bola sepak negeri itu, selepas Red Warriors membawa pulang Piala Malaysia, Oktober lalu.



Pemain Kelantan akan menerima habuan berjumlah RM200,000, jika berjaya menjulang kejuaraan tersebut dalam saingan bertemu Kedah.

Pengurus pasukan, Nudin Awang berkata, habuan tersebut meliputi hadiah kemenangan berjumlah RM30, 000 serta bonus sumbangan peribadi beliau berjumlah RM15,000.

Selain itu katanya, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) turut menjanjikan hadiah istimewa iaitu pakej mengerjakan umrah.

“Sekiranya menjadi juara, hadiah kemenangan tersebut akan diagih sama rata kepada semua pemain dan pengurusan pasukan.

“Bonus ini adalah sebagai pembakar semangat buat semua pemain untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan akhir malam esok (hari ini),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nudin percaya pemain Kelantan mampu merangkul kejuaraan, untuk mengikut jejak pasukan Red Warriors yang memenangi Piala Malaysia buat julung kali pada Oktober lalu.

Jelasnya, dia mahu pasukannya menjadi pelengkap tahun gemilang bola sepak Kelantan, dengan membawa pulang kejuaraan tersebut ke Kota Bharu, selepas muncul juara pada 2008, tetapi terkandas di peringkat suku akhir tahun lalu.

“Saya mengharapkan para pemain tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk bergelar juara, seterusnya melengkapkan kejuaraan buat kali ke-14, sejak ia diperkenalkan pada tahun 1940,” ujarnya.

Nudin turut mengharapkan penyokong Kelantan memenuhi Stadium Sultan Muhammed IV, bagi memberikan sokongan padu kepada para pemain.

Katanya, sokongan tersebut akan membangkitkan semangat juang pemain Kelantan.

Kelantan Idam Juara Piala Emas Raja-Raja Reviewed by admin Ucop on 8:08 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.