MH370

Terkini

Chris Hughton dipecat!



Pengendali Newcastle, Chris Hughton akhirnya dipecat pengurusan kelab itu, meskipun membimbing The Magpies kembali beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam cubaan pertamanya musim lalu dan berupaya kekal di kelompok pertengahan liga.

Berita duka itu hadir belumpun sebulan Hughton membawa pasukannya mencipta kemenangan 5-1 ke atas pasukan tetangga Sunderland, selain kemenangan menarik 1-0 ke atas Arsenal sebelum Newcastle mengumumkan mahu mendapatkan khidmat pengendali lebih berpengalaman.

Bekas pertahanan Ireland berusia 51 tahun itu ditugaskan sebagai pengurus selepas Alan Shearer gagal menghalang Newcastle dari tergelincir ke Liga Kejuaraan pada Mei 2009 dan antara nama yang disebut-sebut sebagai pengganti ialah bekas pengurus West Ham, Alan Pardew selain bekas pengendali Ajax, Martin Jol yang dipecat pada hari yang sama.

“Tugas untuk mendapatkan pengurus baru kini bermula. Saya berbangga dengan pencapaian bersama Newcastle dan gembira dengan hubungan baik bersama pemain, pekerja dan peminat ketika menjadi pengurus,” kata Hughton yang berkata isu penamatan kontraknya terletak ‘di tangan’ Persatuan Pengurus Liga (LMA).

Chris Hughton dipecat! Reviewed by admin Ucop on 5:29 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.