MH370

Terkini

United kecewa City bertahan

Walaupun sekadar seri tanpa jaringan, Roberto Mancini percaya Manchester City telah membuktikan peningkatan berbanding tahun lalu, dalam usaha menjadi antara pasukan elit Liga Perdana England (EPL).


Pengurus dari Itali itu berjaya mengikat Manchester United, bagi memastikan kedudukan di tangga keempat terjamin dan tiga mata di belakang pasukan jiran mereka itu.

Kedua-dua pasukan buntu jaringan gol dalam perlawanan tersebut, membuatkan penjaga gol United, Edwin van der Sar mengkritik taktik yang diamalkan oleh City.

''Mereka jelas mahu seri sahaja berbanding kami yang mahukan kemenangan. Mereka bermain secara bertahan,'' kata van der Sar.

Namun, Mancini menafikan kenyataan van der Sar sambil mempertahankan taktikal City.

'Saya rela memilih satu mata daripada pulang tangan kosong. Tahun lalu kami menjaringkan gol tetapi kami kalah. Apabila anda berdepan dengan pasukan jiran, ia memang satu perlawanan yang sukar.

''Saya mahu para pemain mencipta banyak peluang gol tetapi ini adalah perlawanan yang sukar. Kami cuba untuk menang, tetapi kedua-dua pasukan bertahan dengan baik.

''Kami tidak melepaskan sebarang peluang dan saya cukup gembira. Anda mahu sentiasa menang tetapi kadang kala jika anda tidak mampu untuk menang, anda sudah tentu tidak mahu kalah, '' kata Mancini.

Satu mata itu memastikan United kekal di tangga kedua, namun ketinggalan empat mata di belakang pendahulu, Chelsea.

Mancini yang yakin skuad bimbingan Carlo Ancelotti akan mengekalkan kejuaraan sekali lagi, namun merasakan segala-galanya mungkin boleh berubah apabila saingan Liga Juara-Juara memasuki peringkat kalah mati.

''Sekiranya kami masih mengekori dengan rapat kedudukan Chelsea, kami akan berada pada kedudukan lebih baik. Masih terlalu awal untuk diramalkan namun kami akan cuba mengekori pasukan teratas, '' katanya.

Carlos Tevez hampir memecah kebuntuan gol menerusi sepakan percuma dari jarak 30 meter, yang memaksa van der Sar menepis keluar bola ke sebelah kiri pintu gol.

Joe Hart menangkap kemas rembatan Patrice Evra dan Dimitar Berbatov, yang gagal melepasi benteng City.

Ferguson akan berkunjung ke Aston Villa selepas ini berkata: ''Terdapat aspek yang baik dalam perlawanan hari ini. Kami menguasai perlawanan dan bermain gaya permainan bola sepak yang baik.
''City merupakan sebuah pasukan yang hebat dan berpengalaman. Mereka sebuah pasukan yang sukar ditewaskan di laman sendiri.

''Adalah jelas, sejak awal permainan lagi, mereka tidak mahu tewas dalam perlawanan ini.
''Saya rasa mereka tertekan untuk membuka permainan sendiri, kerana terlalu banyak harapan diberikan kepada mereka, '' kata Ferguson.
United kecewa City bertahan Reviewed by admin Ucop on 1:46 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.