Real mara penuh bergaya

CRISTIANO RONALDO

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Real mara penuh bergaya

Real Madrid memadam igauan ngeri musim lalu, apabila membelasah Murcia 5-1 pada perlawanan pusingan keempat Piala Raja Sepanyol, kelmarin.

Selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan timbal balik pertama, pemain tengah Real, Esteban Granero memanfaatkan hantaran Pedro Leon, sebelum melepaskan rembatan jarak jauh pada minit keempat.

Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-44.

Real semakin mengganas pada babak kedua melalui Cristiano Ronaldo, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, sebelum Karim Benzema dan Xabi Alonso menambah jaringan.

''Saya sedar setiap perlawanan adalah sukar dan kami tidak boleh memandang rendah kemampuan lawan,'' kata kata Granero.

Jaringan cantik Granero memberikan Madrid, yang sebelum ini dimalukan oleh kelab bawahan, Alcorcon 4-1 secara agregat musim lalu, berjaya mengelak sejarah lama berulang di bawah kendalian Jose Mourino.

Namun, Mourinho diarah meninggalkan bangku simpanan pada minit ke-39 oleh pengadil selepas dikenakan kad merah.

Pertahanan Real, Alvaro Arbeloa mengutip kad kuning kedua pada minit ke-82 dan seminit kemudian, bola terkena tangan Alonso di dalam kawasan penalti, bagi memberikan Murcia meraih gol menerusi sepakan penalti melalui Pedro Sanchez.

Namun, dua jaringan pada lima minit terakhir permainan melalui penalti Benzema, selepas Angel Di Maria dijatuhkan, disusuli jaringan Alonso pada minit ke-89, membunuh semangat Murcia.

Real Betis menyertai Cordoba ke pusingan seterusnya apabila mengalahkan Zaragoza 2-1, berdasarkan peraturan gol di padang lawan setelah terikat 2-2.

Betis mendahului pada minit ke-12 melalui jaringan gol sendiri Matteo Contoni, sebelum Jiri Jarosik menyamakan kedudukan dua minit kemudian.

Ruben Castro muncul wira Betis pada minit ke-35 bagi memastikan kelab itu meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.

Kongsikan artikel ini:


Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.