Ballack tidak mahu terburu-buru

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
SEDIH: Kesan kekalahan pada final Euro 2008 masih menghantui Ballack.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Ballack tidak mahu terburu-buru

Pemain tengah Chelsea, Michael Ballack menegaskan tidak perlu bagi dirinya tergesa-gesa menandatangani kontrak baru walaupun kontraknya ketika ini hanya berbaki satu tahun.

Pasukan The Blues sudah kembali ke padang latihan tetapi Ballack berehat di Jerman selepas pasukan negara pimpinannya itu masih menanggung kesedihan gara-gara kalah kepada Sepanyol 1-0 dalam final Euro 2008 di Vienna, Austria, kira-kira seminggu lalu.

Pemain berusia 31 tahun itu tidak akan kembali ke London buat beberapa minggu ini tetapi dia percaya, masih punyai banyak masa untuk memikirkan mengenai masa depannya.


"Saya masih punya kontrak sehingga 2009 dan ada opsyen untuk melanjutkan kontrak itu. Jadi tak perlulah kita terburu-buru," katanya kepada akhir Bild.


"Kami hanya tunggu dan lihat terhadap apa yang berlaku."

Walaupun pada musim lalu dia tidak dapat merangkul piala walaupun sudah dianggap terlalu hampir untuknya apabila tewas gelaran Juara Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara kepada Manchester United, Ballack percaya bermain di Chelsea mampu memberi peluang untuknya mengecapi kejayaan.

"Walaupun tidak mendapat pemain baru, Chelsea sudah pun memiliki skuad yang berwibawa yang sentiasa berkemampuan untuk memenangi sesuatu," katanya.

"Ini bermakna (kami mampu menang) Piala Liga Juara-juara pada musim depan. Itu sebabnya mengapa saya berpindah ke Chelsea. Saya bermain dalam liga terbaik dunia dengan salah sebuah kelab yang terkuat."

Ballack menegaskan meskipun gagal meraih gelaran pemain terbaik, tetapi kehadirannya semakin dirasai pada musim panas ini dan dia merasa amat bertuah sudah mengumpul 10 gelaran di Jerman dan England.

"Rasanya saya sudah berjaya. Ada sesetengah orang hanya mampu meraih satu piala dan bergelut dengan permainan mereka manakala yang lain tidak pernah mendapat apa-apa," katanya.

Share this news articles:


Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.