Chelsea V Malaysia : Samsung Asia Tour 2008

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Chelsea V Malaysia : Samsung Asia Tour 2008.
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Chelsea V Malaysia : Samsung Asia Tour 2008

Jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan memulakan persiapan menghadapi Chelsea pada 29 Julai ini dengan mengumpulkan pemain bawah 23 tahun negara di Wisma FAM, Kelana Jaya, mulai semalam.

Katanya, beberapa pemain daripada skuad bawah 23 tahun itu akan digandingkan dengan pemain daripada skuad senior negara untuk perlawanan persahabatan menentang kelab terkemuka England itu nanti.

Skuad senior negara pula akan memulakan latihan pusat pada 16 Julai ini.

Bagaimanapun buat permulaan, tumpuan pertamanya ialah mencari di kalangan pemain terbaik bawah 23 tahun untuk diserapkan ke dalam skuad senior.

"Untuk itu saya akan gunakan perlawanan persahabatan antara skuad bawah 23 tahun negara dengan skuad Olimpik China di Yanbian pada 13 Julai ini dalam mengenalpasti pemain.

"Dari situ pemain daripada skuad pelapis yang terpilih akan menyertai skuad senior untuk satu lagi perlawanan persahabatan menentang India di Hyderabad pada 22 Julai pula," katanya.

Setakat ini tambahnya, tujuh pemain bawah 23 tahun negara sudah berada dalam senarai awal Sathianathan untuk perlawanan dengan Chelsea.

Mereka ialah Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin (pertahanan), Azi Shahril Azmi, Amirulhadi Zainal (tengah) serta Zaquan Adha Abdul Radzak dan Khyril Muhymeen Zambri (penyerang).

Sementara itu, tiket-tiket berharga RM33, RM53, RM83, RM103 dan RM303 (VIP) untuk perlawanan dengan Chelsea di Stadium Shah Alam akan dijual di kaunter TicketPro dan kedai-kedai Adidas seluruh negara mulai 20 Jun ini.

Manakala 1,000 tiket RM53 akan dijual kepada pelajar sekolah pada harga RM23 sahaja.

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Chelsea V Malaysia : Samsung Asia Tour 2008.
Tiket juga boleh ditempah menerusi internet menggunakan laman web www.ticketpro.com.my.

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.