
Moussa Sissoko - Newcastle Utd perlu naik teratas liga
Midfielder itu tegaskan yang Magpies mampu - menjadi salah sebuah pasukan teratas Liga Perdana.
Midfielder Newcastle United, Moussa Sissoko berazam untuk membantu kelab naik mendaki tangga Liga Perdana selepas tiba dari Toulose.Midfielder itu merupakan pemain Perancis kelima tiba di Tyneside pada jendela perpindahan Januari ini dan dia menegaskan yang The Magpies mampu menjadi salah sebuah pasukan teratas liga, setelah mereka pulih dari permulaan buruk kempen ini.
"Objektif peribadi saya adalah untuk tamatkan musim di kedudukan terbaik yang kami mampu. Saya akan berikan segalanya yang saya mampu supaya Newcastle boleh tamat di kedudukan setinggi mungkin," katanya kepada wartawan.
"Untuk masa depan, saya mahu Newcastle jadi salah sebuah pasukan terbaik di Liga Perdana. Itulah harapan saya dan juga kelab."
"Saya tiba di sini kerana saya sayangkan kelab. Mereka ada beberapa pemain hebat."
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Post a Comment
0Comments