Maarten Stekelenburg mahu beraksi lebih untuk Kesebelasan Utama AS Roma

Maarten Stekelenburg.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Stekelenburg mahu aksi kesebelasan utama.

Maarten Stekelenburg telah sekali lagi mengkritik cara dia dilayan oleh Roma, mengumumkan hasrat untuk bermain dengan kerap, yang mana akan meningkatkan spekulasi dia sedia berpindah ke Arsenal atau Fulham.

Stekelenburg, 30, berpindah ke Roma 18 bulan lalu dan segera mencipta namanya sebagai penjaga gol utama di bawah Luis Enrique, namun selepas diketepikan akibat kecederaan pada awal musim, dia gagal merampas kembali tempat daripada Mauro Goicoechea.

Stekelenburg bertemu dengan Pengarah Urusan Roma, Franco Baldini awal bulan ini untuk membincangkan masa depannya. Ejennya, Rob Jansen berkata minggu ini bahawa tiada tawaran yang serius untuk bekas pemain Ajax tetapi, selepas bermain dalam Coppa Italia menentang Inter Rabu lalu, muncul seolah-olah Stekelenburg telah puas bersabar.

"Aksi terakhir saya sebelum separuh akhir Coppa Italia adalah pada 11 Disember menentang Atalanta," katanya di laman web media Belanda. "Itu enam minggu, yang mana banyak saya boleh lakukan. Saya ada kecederaan, kemudian Goicoechea mengambil tempat saya."

"Kenapa Zeman hilang kepercayaan terhadap saya? Saya tak tahu, kami tak pernah bercakap tentang hal itu dan tiada apa yang boleh saya lakukan untuk mengubahnya. Saya fikir membeli Goicoechea adalah sia-sia, memandangkan kami sudah mempunyai Bogdan Lobont dalam skuad."

"Apa keperluan untuk penjaga gol ketiga? Saya mahu bermain, bukan kekal di bangku simpanan."

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.