Presiden UEFA, Michel Platini menjelaskan, dia tidak kisah dengan cadangan mengubah tarikh Piala Dunia 2022 di Qatar dari musim panas ke musim sejuk bagi mengelakkan suhu padang pasir paling panas.
|

“Adalah benar bahawa jika kita berbincang tentang Piala Dunia di Negara Teluk itu pada Januari nanti, ia akan lebih mudah beraksi berbanding Jun. Untuk itu, saya setuju, mengapa tidak? Ia mungkin dilakukan,” ujar Platini.
Namun begitu, Platini juga mempertahankan pemilihan Qatar dengan mengatakan, para pemain telah pun berdepan dengan musim panas melampau pada Piala Dunia 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).
“Suhu di Dallas ketika itu adalah 45 darjah Celcius, jika tidak silap saya, pada 1994 dan semua orang mengkritik AS ketika itu,” tambahnya.
Post a Comment
0Comments