Gol Maggio kejut Palermo

http://images.quickblogcast.com/92912-88346/NapolimidfielderChristianMaggiocelebrateshisgoalintheItalianSerieAWeek9matchFIORENTINA_NAPOLIonSundayOctober252009intheArtemioFranchistadium.jpg?a=65

Gol jaringan Christian Maggio pada lewat permainan menjelmakan kemenangan tipis 1-0 buat Napoli ke atas Naples di San Paolo, kelmarin.

Selepas permainan seimbang dipamer kedua-dua pasukan, Maggio meledak gol 30 saat sebelum tamat perlawanan yang mengekalkan Napoli di tangga ketiga, enam mata di belakang pendahulu AC Milan dan berkongsi mata dengan Juventus.

Palermo tergelincir dua anak tangga ke tangga ketujuh menerusi perbezaan gol yang ketara dan memberi ruang buat Inter Milan dan Sampdoria memintas kedudukan mereka dalam Serie A.

Di laman Napoli, ketika perlawanan tampak bakal berakhir dengan seri, Marek Hamsik bermain satu dua dengan penjaring terbanyak Serie A, Edinson Cavani di dalam kawasan kubu pelawat sebelum mengumpan cantik kepada Maggio.

Maggio yang terlepas percubaan awalnya menyempurnakan gerakan apabila bola terkena kaki kirinya. Walaupun dianggap jaringan nasib, Maggio berhak meletakkan namanya sebagai penjaring tunggal perlawanan sepanjang 90 minit aksi permainan.

Pengendali Napoli, Walter Mazzarri lega dengan keputusan itu.

“Pasti memalukan jika kami tidak menang malam ini, kami bermain dengan baik dan sepatutnya mampu meledak lima gol,” katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.