Bantu lonjak The Potters berada tiga mata atas zon penyingkiran EPL
Jaringan lewat permainan Dean Whitehead memberikan Stoke City kemenangan 3-2 ke atas Birmingham dalam saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris kelmarin selepas skuad kendalian Tony Pulis hampir mensia-siakan peluang mendahului 2-0 untuk sekadar berakhir dengan keputusan seri.
Selepas dibolosi Robert Huth dan Ricardo Fuller, Birmingham memulakan kebangkitan menerusi jaringan Keith Fahey pada minit 74 dan Cameron Jerome pantas menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Whitehead bagaimanapun menyelamatkan maruah Stoke dengan memanfaatkan hantaran lintang tepat daripada Matthew Etherington pada minit 85 permainan untuk memastikan tiga mata berharga milik mereka.
“Ia cukup mengecewakan ketika mereka mendapat gol kedua,” kata Pulis. “Lebih mengecewakan kerana sebelum memulakan babak kedua, kami berada lebih daripada satu gol di depan.
Babak kedua bermula dengan baik tetapi 15 minit selepas permainan bersambung, gol menakjubkan oleh Ricardo mencetus semangat baru buat Birmingham yang terus mengasak untuk mencari gol penyamaan.
Kemenangan itu melonjakkan Stoke selesa di atas zon penyingkiran EPL, manakala Birmingham kekal satu mata di belakang.
Pengurus Birmingham, Alex McLeish agak kecewa gagal mengutip satu mata, sambil mengakui gol ketiga lawan cukup menarik.
“Saya hampir yakin perlawanan berakhir dengan keputusan seri, tetapi jaringan terakhir mereka sungguh mengejutkan,” kata McLeish.