Arsene Wenger pertahan aksi Cesc Fabregas



Arsene Wenger terpaksa mempertahankan pemain antarabangsa Sepanyol, Cesc Fabregas selepas Arsenal dilihat melakar satu lagi malam penuh kontroversi ketika menang 2-0 ke atas Wolves.

Pengurus Arsenal, Wenger mempertahankan Fabregas selepas terjahan keras ke atas Stephen Ward yang menyaksikan pemain pertahanan Wolves itu terpaksa diusung keluar.

Farbregas meninggalkan padang sambil diejek peminat Wolves dan ada di antara penyokong tuan rumah yang membaling botol minuman ke arahnya ketika menuju ke bilik persalinan selepas perlawanan.

Wenger sekali lagi terpaksa mempertahankan pemainnya yang didakwa tidak berdisiplin - hanya seminggu selepas anak buahnya dikatakan melakukan terjahan lewat ke atas lawan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.