Perak intai kemenangan
PERAK mahu mencari kemenangan selesa bagi menikmati kelebihan ke atas Terengganu pada suku akhir pertama Piala Emas Raja Raja di Stadium Perak, malam esok.Justeru jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim menuntut aksi bertenaga anak didiknya bagi memastikan impian itu tercapai ketika supaya Seladang berkelebihan apabila kedua-dua pasukan bertemu semula di Kuala Terengganu 20 November ini.
“Kami tiada pilihan melainkan menghasilkan kemenangan dengan jurang selesa jika ingin mara ke pusingan seterusnya.
“Pemain perlu menggunakan kelebihan bermain di tempat sendiri kerana saya menjangkakan laluan sukar pada perlawanan ulangan,” katanya.
Abu Bakar yang pertama kali diberi tugas selaku ketua jurulatih pasukan negeri teruja dengan kejayaan anak buahnya mara ke suku akhir.
Share this news articles:
Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola