Dengan kekalahan itu, Lazio yang mengumpul 22 mata kini semakin tertekan apabila hanya dipisahkan dua mata dibelakang pencabar terdekat, AC Milan yang mencatat keme- nangan 3-2 ke atas Bari.
Pada aksi itu, Roma berjaya menjaringkan gol hasil dua sepakan penalti.
Marco Borriello tidak mempersia- siakan peluang pada minit ke-52 itu manakala satu lagi disempurnakan oleh Mirko Vucinic (87).
Begitupun, jurulatih Lazio, Edy Reja dilihat kurang senang dengan dua sepakan penalti yang diperoleh Roma sambil menganggap ia satu keputusan yang kurang bijak daripada pengadil perlawanan, Emidio Morganti.
"Sejak dua tahun kebelakangan ini, kami (Lazio) sentiasa menjadi mangsa kepada keputusan pengadil yang dianggap tidak berlaku adil kepada kami.
"Seperti manusia biasa, pengadil perlawanan juga tidak terlepas dari- pada melakukan kesilapan tetapi bukan secara berterusan.
"Kami menerima hukuman yang sangat berat daripada Morganti dan saya secara jujurnya merasakan bahawa kami tidak sepatutnya dihukum dengan cara yang sedemikian," jelas Reja.
Bagaimanapun, nada berbeza yang disuarakan Vucinic yang menganggap setiap pasukan perlu beraksi berpandukan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan.
"Jika pengadil meniup wisel dan memberikan kamu penalti, ia adalah penalti. Tidak ada apa yang perlu di- persoalkan.
"Ternyata jaringan penalti yang saya lakukan ini merupakan hadiah hari jadi buat anak lelaki saya (Aleksandar) dan sudah pasti saya mahu meraikannya," kata Vucinic.
Dengan kemenangan ke atas Lazio itu, dia berharap agar kelabnya dapat melonjak ke kelompok pasukan teratas liga. - AFP