Portugal malukan juara dunia

Helder Postiga meledak dua gol ketika Portugal mencatat peningkatan mendadak untuk memalukan juara Eropah dan juara dunia, Sepanyol 0-4 dalam perlawanan persahabatan, kelmarin.


Ia merupakan kekalahan terbesar Sepanyol dalam tempoh 47 tahun.

Kali terakhir Sepanyol kalah dengan perbezaan gol yang sama ialah 2-6 kepada Scotland pada 1963.
Sepanyol kalah 1-4 kepada Argentina pada September lalu, namun pasukan kali ini adalah skuad kedua manakala Portugal menurunkan skuad terkuat mereka.

"Kami harus menerima kekalahan ini. Pasukan lawan beraksi sangat berkesan dalam melakukan serangan balas dan ia amat menyukarkan kami.

"Tiada siapa yang suka kalah. Ia adalah perlawanan penting buat kami, hari ini bukan hari kami,'' kata jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque.

Sebalik Portugal mempamerkan prestasi terbaik mereka dan semakin meningkat di bawah kendalian jurulatih Paulo Bento, yang menjawat tugasan tersebut pada September lalu selepas Carlos Queiroz dipecat.

"Kami mahu menang, namun kami tidak boleh menjangkakan keputusan seperti ini ke atas pasukan Sepanyol.

''Cara permainan kami banyak yang positif. Kemenangan ini tidak memberikan kami sebarang mata tetapi ia memberikan kami prestij,'' kata Bento.

Bento menghidupkan semula harapan Portugal dalam kelayakan ke Euro 2012 dengan dua kemenangan iaitu ke atas Denmark dan Iceland Oktober lalu, selepas pasukannya bermula hambar ketika dia mula memegang jawatan tersebut.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.