kecederaan ketika pasukannya kalah 1-2 kepada Perancis, kelmarin.
Cara pengurusan Capello dilabel 'tidak mahir', 'tidak cekap' dan 'aib' oleh pegawai kelab Liverpool, yang berang selepas kecederaan yang dialami Gerrard, pada 'malam malang' buat England di Wembley.
Kakitangan kelab Liverpool berkata, kecederaan Gerrard, yang dibentes pada minit ke-84 tidak sepatutnya berlaku, kerana dalam perjanjian sebelum perlawanan tersebut, pemain itu hanya akan beraksi dalam tempoh 60 minit.
Ketua kecergasan dan penyesuaian Liverpool, Darren Burgess melancarkan serangan kepada Capello dan Persatuan Bola Sepak England (FA), berikutan cara mereka mengendalikan Gerrard.
"Sukar dipercayai kerana perkara ini ada kaitan dengan FA berikutan kecederaan yang menimpa Gerrard. Mereka langsung tidak mempedulikan perjanjian sebelum ini.
"Mereka memang bertindak seperti amatur dan sekarang kami terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Ia benar-benar memalukan,'' katanya.
Sementara itu, Capello berkata: "Kami telah bercakap dengan Steve, dia berkata dia akan beraksi selama sejam tetapi selepas kecederaan yang dialami Gareth Barry, kami memang berdepan masalah. Itulah sebabnya mengapa dia kekal di atas padang,''.
Capello juga mengakui England bertindak tepat terhadap Gerrard, selepas melihat pemain itu cergas dan Liverpool tidak mempunyai hak ke atas pemain itu, apabila dia beraksi bersama pasukan kebangsaan.
"Mereka tidak boleh membuat keputusan selama mana seseorang pemain itu boleh beraksi untuk negaranya.
"Saya faham kenapa mereka kecewa dan saya juga kecewa. Masalahnya, apabila anda bermain selepas aksi Liga Perdana England (EPL), Piala Europa atau Liga Juara-Juara, adalah mustahil kecederaan tidak akan berlakunya," kata Capello.
Jaringan Karim Benzema dan Mathieu Valbuena membolehkan Perancis mencatat kemenangan ke atas England.