MH370

Terkini

Shebby Singh : Blackburn perlu Chamakh

Chamakh: Tidak diperlukan di Arsenal.



Blackburn Rovers berminat mendapatkan pemain terpinggir Arsenal, Marouane Chamakh ke  Ewood Park secara pinjaman.

Pengurus Steve Kean menyaksikan perancangan pra-musimnya untuk the Rovers terjejas apabila pembelian besar mereka, Leon Best mengalami kecederaan yang akan mengenepikannya untuk selama enam bulan.

Blackburn telah melihat dua tawaran mereka untuk penyerang Huddersfield yang menjaringkan 40 gol, Jordan Rhodes telah ditolak dan gagal dalam mendapatkan John Guidetti secara pinjaman dari Manchester City dengan juara Liga Perdana Inggeris itu sebaliknya mahukan perpindahan
kekal dengan harga jualan £6 juta.

Rovers kini telah mengalih perhatian mereka kepada Chamakh, walaupun ada keraguan sama ada pemain itu sedia untuk bergelumang dengan aksi Liga Kejohanan.

Chamakh, yang ada baki dua tahun dalam kontrak bersama  Arsenal, bergelut mencari prestasi terbaik meskipun memulakan karier di Utara London dengan menjaringkan sepuluh gol dari 21 perlawanan. Beliau hanya menjaringkan satu gol sepanjang 20 bulan lepas – tempoh di mana beliau lebih banyak bermain sebagai pemain gantian.

Shebby Singh : Blackburn perlu Chamakh Reviewed by admin Ucop on 10:17 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.