Robin Van Persie Sah Milik Manchester United.

Robin Van Persie Sah Milik Manchester United.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Robin Van Persie Sah Ke Manchester United.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson telah berjaya mendapatkan kapten Arsenal, Robin Van Persie ke United dalam satu perpindahan musim panas.

Pada mulanya beliau gagal mendapatkan khidmat pemain kelahiran Belanda itu dengan nilai £ 15 juta dan merasakan ragu-ragu untuk meningkatkan tawaran itu.

Selepas gagal mendapatkan bintang kecil Sao Paulo, Lucas Moura minggu lalu, Furguson dilihat begitu komited untuk mendapatkan khidmat Van Persie selepas mengetahui pemain itu enggan menyambung kontrak bersama Arsenal yang akan tamat tidak lama lagi.
Buat Duit Dengan Denaihati

Persie telah menyatakan kepada Arsenal bahawa dia ingin menyertai United dan menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Arsenal.

The Gunners kekal dengan keputusan mereka untuk tidak menjual Persie dengan nilai kurang daripada £ 25 juta dan menjangkakan United akan menawarkan satu nilai yang hampir dalam tempoh 24 jam selepas seminggu rundingan.

Persetujuan membeli pemain itu tercapai apabila Furguson telah menemui Wenger sendiri dalam satu pertemuan.

United dilaporkan telah membuat tawaran sebanyak £20 juta dan ditambah dengan £2 juta lagi dalam bentuk bonus dan kemudian menyerahkan kepada Arsenal sama ada untuk menerima atau menolak tawaran itu.

Van Persie menjaringkan 30 gol daripada 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lepas dan memenangi anugerah pemain domestik tahunan sebanyak dua kali.

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.