MH370

Terkini

UEFA sokong cadangan ubah tarikh Piala Dunia 2022

Presiden UEFA, Michel Platini menjelaskan, dia tidak kisah dengan cadangan mengubah tarikh Piala Dunia 2022 di Qatar dari musim panas ke musim sejuk bagi mengelakkan suhu padang pasir paling panas.


Selepas perjumpaan jawatankuasa eksekutif UEFA di Prague semalam, Platini berkata, itu mungkin lebih memudahkan penganjuran Piala Dunia pada Januari berbanding bulan Jun.



“Adalah benar bahawa jika kita berbincang tentang Piala Dunia di Negara Teluk itu pada Januari nanti, ia akan lebih mudah beraksi berbanding Jun. Untuk itu, saya setuju, mengapa tidak? Ia mungkin dilakukan,” ujar Platini.

Qatar menerima hak penganjuran Piala Dunia 2022 minggu lalu, meskipun timbul kebimbangan tentang kepanasan melampau sehingga memberi risiko kepada kesihatan jika dianjurkan pada musim panas.

Namun begitu, Platini juga mempertahankan pemilihan Qatar dengan mengatakan, para pemain telah pun berdepan dengan musim panas melampau pada Piala Dunia 1994 yang diadakan di Amerika Syarikat (AS).



“Suhu di Dallas ketika itu adalah 45 darjah Celcius, jika tidak silap saya, pada 1994 dan semua orang mengkritik AS ketika itu,” tambahnya.


UEFA sokong cadangan ubah tarikh Piala Dunia 2022 Reviewed by admin Ucop on 7:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.