Menjelang Pertemuan Malaysia lwn Vietnam 1st Leg

Penjaga gol pasukan kebangsaan , Khairul Fahmi Che Mat menjalani latihan gigih dalam persiapan menghaapi Vietnam di padang FAM, Kelana Jaya, semalam.

Khairul Fahmi tagih sokongan pertahanan

Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menagih sokongan dan bantuan penuh daripada rakan-rakan di benteng pertahanan untuk menangani asakan Vietnam yang dijangka menyerang dari semua sudut apabila kedua-dua pasukan bertemu pada separuh akhir Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Khairul Fahmi juga yakin serangan akan datang bertali arus di bahagian kiri, kanan dan tengah. Justeru, pemain Kelantan itu menagih bantuan daripada pertahanan untuk mengekang asakan lawan.
Tegas Khairul Fahmi, kapten Vietnam, Nguyen Minh Phuong pemain yang perlu diberi tumpuan kerana amat berbahaya dan bijak mencipta peluang untuk mendapatkan jaringan, selain berupaya menaikan semangat pemain..


Katanya, pergerakan penyerang pasukan Vietnam amat laju, malah dia sendiri bersedia untuk menghadapi serangan yang mahu menguji kemampuannya itu.

''Saya tahu mereka mempunyai kelebihan daripada aspek kelajuan pemain tetapi itu bukan penghalang buat saya dan rakan-rakan untuk gentar.

''Kami yakin dengan kemampuan kami dan saya juga amat yakin dengan pemain pertahanan kita yang amat berani,'' katanya pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Esok Malaysia bakal berhadapan skuad senior Vietnam yang turun selaki penyandang juara.

Khairul Fahmi berkata, selain serang Vietnam, keupayaan pemain tengah mereka juga perlu diberi perhatian serius.







Ledak sebanyak mungkin gol

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru pemain negara mencari sebanyak mungkin gol apabila menentang Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF esok untuk membawa bekalan selesa apabila bertandang ke gelanggang lawan nanti.
PEMAIN kebangsaan menjalani latihan akhir menjelang perlawanan getir separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.


Menurut Tengku Abdullah, kemenangan selesa amat penting bagi memastikan skuad kebangsaan tidak berhadapan laluan getir apabilaberaksi di Hanoi pada 18 Disember ini untuk perlawanan timbal balik.

''Kalau boleh cuba dapatkan jurang gol yang besar. Bermain di Hanoi amat sukar kerana skuad negara terpaksa berhadapan penyokong fanatik Vietnam yang menganggap stadium mereka sebagai tempat keramat,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perasmian Projek Hoki 1Mas yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Hoki Tun Razak di sini, semalam.

Menurut Tengku Abdullah, pasukan negara dibarisi pemain muda dan mereka berupaya memberikan saingan sengit kepada Vietnam, walaupun, negara itu membawa status sebagai juara bertahan.

Malah, beliau yakin sekiranya pemain dapat mengekalkan rentak permainan yang baik, tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan ke atas pasukan lawan.

''Saya juga amat berharap penyokong dapat hadir beramai-ramai memberi sokongan penuh kepada skuad kebangsaan sewaktu mereka menentang Vietnam Rabu ini (esok),'' ujarnya.

Sementara itu jurulatih skuad kebangsaan, K. Rajagobal menyifatkan perkhabaran daripada rakan sejawatnya, Henrique Calisto yang mendakwa pasukannya bakal kehilangan empat tonggak utama sebagai satu serangan psikologi pihak lawan.

Rajagobal berkata, perkara itu tidak akan menjejaskan sama sekali keupayaan lawan, malah Malaysia sendiri katanya kehilangan 12 tonggak utama yang tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut.

Sebagai jurulatih, beliau tetap berwaspada daripada terlalu ghairah dengan berita itu.

''Saya tahu mereka mempunyai perancangan tersendiri dan kurang empat tonggak tidak akan memberi kesan yang besar kepada pasukan itu.

''Kita juga telah sedia maklum bahawa pasukan mereka terdiri daripada skuad senior yang berpengalaman, selain pernah menjuarai kejohanan ini, dua tahun lalu.

''Kita akan sentiasa berusaha untuk melakukan persembahan terbaik, meskipun skuad kebangsaan kebanyakannya terdiri daripada pemain muda bawah 23 tahun,'' katanya ketika ditemui sewaktu sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Kelmarin, Calisto memberitahu empat pemainnya tidak dapat diturunkan setelah tiga daripadanya mengalami kecederaan, manakala, seorang lagi digantung perlawanan kerana menerima kad merah.

Peminat serbu Wisma FAM

SEBAHAGIAN daripada peminat terawal yang mendapatkan tiket untuk pertemuan Malaysia-Vietnam pada hari pertama tiket mula dijual di Wisma FAm, semalam..

Khairul Fahmi tagih sokongan pertahanan

Bayangan Stadium Nasional, Bukit Jalil esok bakal dibanjiri peminat setia bola sepak tempatan mula terbayang apabila hampir 3,000 tiket dijual pada hari pertama, semalam.

Peminat menyerbu Wisma FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) di Kelana Jaya kerana tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan tiket separuh akhir Piala Suzuki AFF di antara Malaysia dan Vietnam, esok.

Bagaimanapun ribuan tiket masih boleh diperoleh apabila kaunter jualan mula dibuka di Stadium Nasional hari ini.

Bagi peminat bola sepak tempatan, ini adalah masa terbaik untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada skuad kebangsaan yang semakin menunjukkan peningkatan bermula dengan memenangi pingat emas Sukan SEA di Laos, tahun lalu.

Malah masih belum terlambat buat penyokong setia untuk mendapatkan tiket kerana kaunter di Stadium Nasional mula dibuka seawal jam 10 pagi sehingga 7 petang hari ini. Luangkan masa anda sebentar untuk mendapatkan tiket-tiket berharga RM20 sehingga RM40 dan RM5 untuk kanak- kanak.

Tiket berbumbung berharga RM40 antara yang paling mendapat sambutan hangat di kalangan penyokong semalam. Rata-rata peminat tempatan yang ditemui tidak sabar untuk menantikan aksi pemain kesayangan mereka berentap untuk mendapatkan kemenangan di tempat sendiri.

Penyokong setia, Hafiz Abd. Wahad, 27, berkata, dia dan rakan-rakan yang lain akan menjanjikan sokongan sepenuh semangat kepada skuad kebangsaan walaupun sedar pasukan Malaysia bakal berdepan juara bertahan.

''Beraksi di tempat sendiri bakal memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan kerana penyokong setia akan sentiasa menemani mereka sepanjang perlawanan.

''Saya juga yakin Malaysia mampu memberikan persembahan menarik. dan kejutan pada perlawanan itu nanti,'' kata Hafiz.

Bagi, Mizuan Minhat, 22, kejayaan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir adalah sesuatu yang amat dibanggakan.

''Sudah tentu saya tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama ini kerana ini adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia,'' kata Mizuan.

Sementara itu, rakan Mizuan, Razif Ramli, 22, berpendapat, prestasi skuad kebangsaan kini berada pada tahap yang baik dan yakin pada perlawanan esok skuad negara mampu mengulangi sejarah menewaskan Vietnam di Temasya menyerbu Wisma FAM (PerSukan SEA Laos, tahun lalu.

''Kita harus berbangga dengan keupayaan skuad kebangsaan mara ke peringkat separuh akhir, ia bukan sesuatu yang mudah.

"Mari bersama memberikan sokongan kerana mereka memerlukan sokongan kita,'' katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.