MH370

Terkini

Manchester United 1 – 0 Arsenal [Full Match Game]

JI-SUNG menjaringkan gol kemenangan United pada aksi menentang Arsenal di Old Trafford semalam.

Ji-sung musnahkan Arsenal

Jaringan tunggal pemain Korea Selatan, Park Ji-sung membantu Manchester United menewaskan Arsenal 1-0 untuk merampas semula tangga teratas Liga Perdana England awal pagi semalam.

Namun pengurus United, Alex Ferguson berkongsi perrasaan suka dan duka memandangkan Ji-Sung bakal terlepas beberapa perlawanan selepas ini.

Ji-sung mempunyai tugasan antarabangsa bersama Korea Selatan untuk pusingan akhir Piala Asia di Qatar pada 7 hingga 29 Januari depan.

Pada aksi di Old Trafford itu, Ji-sung melakukan tandukan menarik untuk menghasilkan gol tunggal United pada minit ke-41.

Namun, Wayne Rooney mempersiakan peluang untuk memberikan kemenangan selesa buat United selepas sepakan penaltinya pada minit ke-73 melepasi palang.

"Dia (Ji-sung) kini sedang berada pada prestasi yang cukup baik tetapi kami bakal kehilangannya selepas perlawanan 26 Disember ini.

"Dia akan terlepas tujuh perlawanan kerana menyertai Piala Asia. Ia sesuatu yang membuatkan saya sedih dan kecewa," kata Ferguson.

Dengan kemenangan ke atas Arsenal itu, United bakal berdepan Chelsea pada aksi berikutnya Ahad ini dengan tahap keyakinan yang cukup tinggi.

Andai menang pada aksi di Stamford Bridge itu, United buat pertama kali akan merasai nikmat menghuni tangga teratas liga ketika sambutan Hari Krismas selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2006.

"Kami beraksi cukup baik ketika bertemu Arsenal ini. Kami benar-benar mahu mempamerkan aksi terbaik dan berjaya melakukannya pada separuh masa pertama.

"Tapi saya tak rasa ia satu permainan yang penuh bersemangat selain pengadil turut terlalu tegas pada babak pertama.

"Arsenal cuba bangkit pada babak kedua tetapi kami masih memiliki beberapa peluang terbaik menerusi serangan balas," jelas Ferguson.

Arsenal yang sebelum ini menghuni tangga teratas liga kini dipintas dua mata oleh United tetapi skuad bimbingan Ferguson itu masih kurang satu perlawanan.






1 – 15




15 – 30



30-45



45 – 60



60 – 75




7 5 – 90


Views all Goals & Match Highlight Click Here



Manchester United 1 – 0 Arsenal [Full Match Game] Reviewed by admin Ucop on 9:57 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.