Wenger tabik Andy Carroll

Vrsaljko: Argentina Menangis Seperti Cewek!
Wenger tabik Andy Carroll
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Wenger tabik Andy Carroll

LONDON - Arsene Wenger menyokong skuad England yang menggunakan khidmat Andy Carroll, selepas penyerang itu membantu pasukannya, Newcastle mengejutkan Arsenal 0-1 di Stadium Emirates, kelmarin

Carroll, yang mendapat perhatian jurulatih England, Fabio Capello kelmarin, menanduk gol keenamnya musim ini, untuk memberi kemenangan ke atas Gunners.

Prestasi itu dijelmakan tepat pada masanya, apabila ia hadir enam hari sebelum Capello menamakan skuad England untuk perlawanan persahabatan dengan Perancis, juga selepas laporan akhbar mengenai aktiviti luar padang pemain tersebut.

Carroll, 21, hadir di mahkamah baru-baru ini, atas tuduhan melakukan serangan, namun prestasinya ketika menentang Arsenal, membantunya mengalihkan tumpuan terhadap kehidupan peribadinya.
Malah, Wenger yakin pemain itu cukup baik untuk beraksi di peringkat lebih tinggi.

"Carroll begitu menyerlah. Saya juga percaya dua pertahanan tengah kami telah mengawalnya dengan baik. Tetapi, Carroll tetap menakjubkan,'' katanya.

Pengurus Newcastle, Chris Hughton pula agak berwaspada dengan, mendakwa Carroll perlu meneruskan peningkatan.


"Dia seorang pemain yang sedang meningkat. Selain daripada keberanian yang kita saksikan, masih ada aspek lain dalam permainannya yang menunjukkan dia sedang meningkat.

"Dia memberikan kami satu pergerakan yang mampu menggugat pertahanan lawan.

''Dia hanya sedikit sahaja lagi untuk mencapai tahap itu, dia sedang berusaha dalam semua aspek permainannya dan menuju arah yang betul.

"Saya mungkin lebih gemar untuk dia menumpukan perhatian demi Newcastle United, kerana itu adalah perkara yang paling penting,' katanya.

Kekalahan itu adalah yang kedua buat Arsenal di tempat sendiri musim ini. - AFP


Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.