MH370

Terkini

City rayu kad merah Balotelli

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini akan mengemukakan rayuan terhadap Mario Balotelli yang dilayangkan kad merah, kelmarin sebagai persediaan untuk menentang musuh ketat, Manchester United, pertengahan minggu ini.

Mancini, menyaksikan Balotelli mempamerkan aksi 'dari sifar kepada hero', selepas pemain Itali itu mengenepikan tekanan terhadap rakan pasukannya, dengan jaringan berganda untuk menang 2-0 ke atas West Bromwich Albion.

Balotelli membantu City meraih kemenangan pertama dalam empat perlawanan, sebelum penyerang itu menerima kad merah pada babak kedua, kerana menendang Youssouf Mulumbu.

Sekali pun tanpa kelibat Balotelli, City sepatutnya berada dalam mood penuh berkeyakinan, apabila berdepan dengan seteru utama, United di Eastlands, Khamis ini.

"Adalah sangat penting untuk menang, kerana kami berada dalam kedudukan yang baik. Kami mungkin boleh berada di tangga kedua selepas perlawanan itu nanti.

"Saya sentiasa mahukan kemenangan. Apabila anda tewas dua atau tiga perlawanan, suasana tentu tidak bagus, tetapi adalah penting kami terus berusaha kerana kadang-kala, anda terpaksa kalah.

"Bagaimanapun, saya tidak bersetuju dengan keputusan pengadil. Untuk apa kad merah dilayangkan? Kami telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

''Ia bukanlah keputusan yang baik. Mario pula harus bertenang, tetapi saya tidak bersetuju dengan keputusan pengadil.

"Dia melakukan dua jaringan yang menakjubkan dan kad merah itu hukuman yang sangat keras. Saya masih bengang terhadap Mario, kerana saya telah memberitahunya sebelum perlawanan, bahawa dia perlu memberi perhatian terhadap pengadil," ujarnya.

Tekanan memuncak terhadap Mancini selepas skuadnya tumpas kepada Arsenal, Wolves dan Lech Poznan.

Lantaran itu, kemenangan kelmarin sememangnya berhak diraikan.

Kemenangan itu meletakkan City di tangga ketiga, tiga mata di belakang United.

"Kami kalah di Poland dan ia mengejutkan kerana kami tidak menang. Menentang Arsenal, permainan berubah kerana kad merah.

"Di Wolves, kami mempunyai lima peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama tetapi akhirnya kalah. Di sini kami dapat apa yang kami mahu," ujarnya.

Sementara itu, pengurus West Brom, Roberto Di Matteo, yang masih belum kalah di Hawthorns sejak Januari lalu, percaya prestasi City ketika ini menjadikan pelaburan mahal Mancini, mampu menjadi pencabar utama kejuaraan.

Albion, yang mencuri tumpuan dalam Liga Perdana musim ini akan beraksi di West Ham, Khamis ini dan Di Matteo menuntut peningkatan segera.

"Sepanjang 11 perlawanan, saya rasa kami telah lakukan yang terbaik, berbeza dengan aksi menentang Chelsea dan perlawanan babak pertama di sini.

"Kami menjadi pesaing dalam setiap perlawanan. Kami juga bergelut dengan kecederaan.

"Musim ini masih awal dan kami akan terus berusaha," ujarnya. - AFP

City rayu kad merah Balotelli Reviewed by admin Ucop on 2:36 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.