Sepakan Beckham bawa LA Galaxy ke final MLS


CARSON (California): David Backham membantu dua jaringan bagi membolehkan LA Galaxy menewaskan Seattle Sounders 2-1, kelmarin dan mara ke final Liga Bola Sepak Utama Amerika (MLS), dan akan bertemu FC Dallas.


Galaxy mendahului 1-0 melalui perlawanan pusingan pertama di Seattle, menggandakan kelebihan agregat itu pada minit ke-19 apabila sepakan penjuru Beckham disambut baik penyerang antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Edson Buddle.

Lapan minit kemudian, bekas pemain tengah Manchester United dan Real Madrid itu, menyempurnakan sepakan percuma daripada bahagian kiri dengan pertahanan, Omar Gonzalez gagal membantu penjaga gol Sounders, Kasey Keller daripada bola menerjah jaring.
Seattle bergelut untuk bangkit semula namun Backham, 35, menghampiri tiang gol selepas melakukan sepakan yang sedikit tersasar.

Beckham sebelum ini tidak bermain untuk enam bulan kerana kecederaan dan hanya kembali beraksi untuk LA, September lalu.

“Kepulangannya semula selepas kecederaan adalah luar biasa, bagi dia untuk bermain sebegini hebat,” kata jurulatih Galaxy, Bruce Arena. - Reuters

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.