MH370

Terkini

Inter dirundung malang


DIEGO MILITO

Jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez mengeluh dan mendakwa malang menimpa pasukannya, apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan Serie A menentang Lecce, kelmarin.

Ia adalah keputusan seri 1-1 kali kedua yang dicatatkan oleh juara Serie A itu, selepas perlawanan menentang Sampdoria berakhir dengan keputusan yang sama, sebelum tewas kepada Tottenham dalam Liga Juara-Juara, Rabu lepas.

Skuad bimbingan Benitez di tangga keempat liga, tiga mata dibezakan dengan pendahulu, AC Milan.

Inter hanya mencatat 13 jaringan gol dalam 11 perlawanan setakat ini, selain lima kali seri.

Jika dibandingkan dengan pencapaian Inter musim lalu di bawah bimbingan Jose Mourinho setakat 13 perlawanan, kelab itu mengumpul 28 gol di tangga teratas Serie A.

Namun bekas boss Liverpool, Benitez menolak dakwaan bahawa dia adalah punca prestasi buruk pasukan itu.

''Jika kita kurang kekuatan, ia adalah tanggungjawab semua pihak, kita tidak boleh salahkan seorang individu sahaja.

''Saya tidak mahu membuat perbandingan dengan musim lepas, kerana musim ini saingan yang diberikan oleh setiap pasukan amat berbeza.

''Kami kurang bernasib musim ini dan kami berharap pada masa akan datang, lebih banyak peluang mampu diperolehi,'' kata Benitez.

Penyerang Argentina, Diego Milito tidak bermaya untuk melakukan yang terbaik buat Inter pada perlawanan menentang Lecce, apabila hanya mampu menjaringkan satu gol pada minit ke-79.

Lecce menyamakan kedudukan menerusi Ruben Olivera tiga minit kemudian.

Inter dirundung malang Reviewed by admin Ucop on 1:39 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.