Kenali Afiq Azmi wira baru Red Giants Selangor FA

Kickbola.net Muhammad Afiq Azmi (lahir 5 Januari 1989) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Selangor FA dalam Liga Super Malaysia. Dia sebelum ini bermain untuk KSK Tambun Tulang FC, Kuala Lumpur FA dan Kelantan FA.
Kenali Afiq Azmi wira baru Red Giants Selangor FA

Penyerang Selangor Muhammad Afiq Azmi membuktikan pemain tempatan mampu memberi sumbangan sebaik pemain import apabila berjaya menjaring hatrik berdepan Lions XII di Shah Alam malam tadi.

A
fiq meledak ketiga-tiga gol dibabak pertama iaitu pada minit ke 7, 12 dan 16 sebelum penyerang import Guilherme De Paula menyumbat gol keempat pada minit ke 79.

Aksi pemain berusia 26 tahun itu cukup memukau buat penyokong Red Giants yang hadir di Shah Alam dan sudah pasti aksinya akan ditagih apabila bertemu Kelantan di Kota Bharu minggu depan.

Pemain itu kini berada ditempat kedua senarai penjaring terbanyak Liga Super di belakang penyerang PDRM Dramane Traore dengan 8 gol.

Mungkin Afiq mampu jadi jawapan kepada ketandusan pemain penyerang yang menyarung jersi kebangsaan ketika ini.

Walaubagaimanapun, keputusan itu terletak pada bahu Dollah Salleh selaku pengendali Harimau Malaya.

Karier

Dilahirkan di Kangar, Perlis, Afiq bermain dua musim untuk Kuala Lumpur FA dan merupakan penjaring terbanyak dalam pasukannya.

Ketika tempoh perpinjamnya bersama Kelantan FA, dia menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Malaysia 2012 bermula. Dia menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3-0 ke atas Pattani FC dan membantu pasukannya untuk seri 1-1 dengan PBDKT T-Team FC.

Dia kemudiannya menyertai Selangor FA pada musim Liga Malaysia 2015.
Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.