Johor FA telah membuat bidaan untuk menandatangani bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme musim depan.
Bekas pemain Argentina, Juan Roman Riquelme
Mengikut laporan akhbar The Star dan juga portal sukan ESPNSTAR, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan presiden Johor FA memberitahu di lama Twitternya bahawa mereka akan berbincang dengan pemain itu selepas dimaklumkan beliau tidak akan menyambung kontrak dengan Boca Juniors.
Riquelme adalah pemain bertaraf dunia yang kedua telah dikaitkan dengan Johor FA. Sebelum ini, terdapat perancangan untuk mendapatkan Gabriel Batistuta sebagai penasihat Johor FA.
Tunku Ismail juga menyebut dalam twitternya bahawa, ejen Johor FA telah diarahkan untuk menghubungi Riquelme dan membincangkan tentang perjanjian musim depan. Buat masa ini tiada apa-apa pengesahan. Pihaknya masih mencuba untuk mendapatkannya.
Menurut sumber berita berkenaan, Johor FA berminat untuk mendapatkan Riquelme bagi saingan Liga Perdana musim depan. Riquelme adalah salah satu pemain yang dikenal pasti oleh Tunku Ismail yang boleh memberikan impak kepada pasukan dan juga menarik ramai orang ke stadium. Menurut sumber tersebut juga, bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta yang dikaitkan sebelum ini telah dilantik sebagai penasihat Johor FA untuk membawa masuk pemain dari Amerika Selatan.
Juan Roman Riquelme Mahu Kontrak 3 Tahun Gaji RM1Juta Sebulan | Sebagaimana dihebahkan media dan sebagainya, hari ini kecoh dengan isu Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail mahu membida untuk mendapatkan pemain Argentina, Juan Roman Riquelme. TMJ dikatakan sudah menghantar wakilnya untuk berbincang dengan pemain berkenaan mengenai isu gaji dan kontraknya bersama pasukan Johor FA.
Riquelme kini sah tidak akan menyambung kontraknya dengan pasukannya sekarang dan kesempatan itu diambil oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk berbincang mengenai tawaran mereka dengan pemain tengah Argentina dan bekas pemain Villareal itu. Apapun, kesulitan mungkin dihadapi oleh Johor FA apabila pemain berkenaan mahukan kontrak 3 tahun dengan gaji RM1 juta (USD317,000) sebulan.
Apapun PBNJ juga sedang menilai D’Allasandro, David Trezeguet, Michael Owen, Elano, Pablo Aimar dan beberapa pemain lagi. PBNJ mensasarkan salah seorang dari mereka yang ‘sudi’ menyertai Johor FA sebagai ‘pelaris’ untuk memastikan peminat Johor kembali memenuhi stadium.
Share this news articles:
Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola

* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.