![]() Logo rasmi Piala Suzuki AFF 2010 | |
Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara-negara tuan rumah | ![]() ![]() |
Tarikh | 1 Disember – 29 Disember 2010 |
Pasukan | 8 |
Tempat | 4 (di 4 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | ![]() |
Naib Juara | ![]() |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 18 |
Jaringan gol | 51 (2.83 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | ![]() |
Pemain terbaik | ![]() |
← 2008 2012 → |
Kejohanan Bola Sepak ASEAN 2010 juga dikenali sebagai Piala Suzuki AFF 2010 merupakan edisi kelapan Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Suzuki meneruskan tajaan mereka untuk kejohanan rantau ASEAN, diadakan pada 1 hingga 29 Disember 2010.
Indonesia dan Vietnam menjadi tuan rumah pada pusingan awal bermula dari 1 hingga 7 Disember bagi Kumpulan A dan 2 hingga 8 Disember bagi Kumpulan B. Pusingan separuh akhir dimainkan secara timbal balik (tuan rumah dan lawan) dengan perlawanan bermula pada 15 dan 16 Disember 2010, dan perlawanan kedua pada 18 dan 19 Disember 2010. Perlawanan akhir dimainkan secara timbal balik juga iaitu akhir pada 26 Disember 2010 dan 29 Disember 2010, di antara tuan rumah Indonesia dan Malaysia.
Pada peringkat separuh akhir kejohanan, pasukan Filipina, Indonesia, Malaysia dan penyandang juara lalu, Vietnam mara ke separuh akhir. Bagi Filipina, ia merupakan kali pertama Filipina layak ke separuh akhir di bawah bimbingan Simon McMenemy.
Seterusnya, Malaysia layak ke perlawanan akhir buat pertama kali selepas 14 tahun,[5] manakala Indonesia pula muncul di perlawanan akhir buat kali keempat. Akhirnya, Malaysia berjaya memenangi kejuaraan pertama mereka dengan menewaskan Indonesia.
Tuan rumah
Pada 17 Februari 2009, Vietnam telah mengisytiharkan minat mereka menjadi tuan rumah bagi Piala Suzuki AFF 2010 yang merupakan kejohanan kelapan. Pada 21 April 2009, akhbar Vietnam, VietNamNet telah mengumumkan bahawa Vietnam akan menganjurkan kejohanan bersama dengan Indonesia.
Tempat
Terdapat dua tempat utama; Stadium Bung Karno di Jakarta dan Stadium Nasional My Dinh Stadium di Hanoi dengan dua tempat kedua yang akan digunakan secara serentak dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir dengan tempat utama pada hari perlawanan akhir bagi peringkat kumpulan. Mulanya, tempat kedua bagi Kumpulan B adalah Stadium Hàng Đẫy di Hanoi. Walau bagaimanapun pada 22 November 2010, Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) telah mengumumkan bahawa ia tidak dapat disediakan tepat pada masanya dan digantikan dengan Stadium Chùa Cuõi aka Stadium Thiên Trường. Bagi kumpulan A, tempat kedua sebenar adalah Stadium Jalak Harupat Soreang di Bandung tetapi pada 24 November 2010, telah diumumkan bahawa ia telah digantikan dengan Stadium Gelora Sriwijaya berikutan mesyuarat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) satu minggu sebelum pengumuman ini. Pasukan yang mara ke separuh akhir juga akan menjadi tuan rumah perlawanan, dalam hal ini, Malaysia yang mara akan menggunakan Stadium Nasional bagi perlawanan mereka di separuh akhir dan perlawanan akhir.
![]() | ![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
---|---|---|---|---|
Stadium Gelora Bung Karno | Stadium Gelora Sriwijaya | Stadium Nasional Mỹ Đình | Stadium Thiên Trường | Stadium Nasional Bukit Jalil |
Kapasiti: 88,083 | Kapasiti: 40,000 | Kapasiti: 40,000 | Kapasiti: 30,000 | Kapasiti: 87,411 |
![]() | ![]() | ![]() |
Kelayakan
Kejohanan kelayakan dijadualkan dimain dari 22 Oktober hingga 26 Oktober 2010 di Laos. Empat pasukan pilihan lebih rendah iaitu Laos, Kemboja, Filipina dan Timor Leste berlawan bagi mendapatkan dua tempat ke pusingan akhir kejohanan. Walau bagaimanapun, kelayakan dijalankan tanpa kehadiran Brunei, disebabkan penggantungan berterusan FIFA terhadap Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, seterusnya membatalkan penyertaan mereka dari kejohanan tersebut.
Keputusan kelayakan
Enam pasukan layak secara automatik ke kejohanan akhir, berdasarkan rekod-rekod kejohanan:
Dua pasukan layak melalui kejohanan kelayakan:
Peringkat kumpulan
Kunci Warna dalam Kumpulan |
---|
Mara ke Separuh akhir |
Kumpulan A
- Semua perlawanan dimainkan di Indonesia.
- Semua masa adalah mengikut Waktu Indonesia Barat (UTC+7).
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 3 | 3 | 0 | 0 | 13 | 2 | +11 | 9 |
![]() | 3 | 1 | 1 | 1 | 6 | 6 | 0 | 4 |
![]() | 3 | 0 | 2 | 1 | 3 | 4 | −1 | 2 |
![]() | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 13 | −10 | 1 |
Thailand ![]() | 2–2 | ![]() |
---|---|---|
Sarayoot Chaikamdee ![]() | Laporan | Konekham Inthammvong ![]() Kanlaya Sysomvang ![]() |
Indonesia ![]() | 5–1 | ![]() |
---|---|---|
Asraruddin Omar ![]() Cristian Gonzáles ![]() Muhammad Ridwan ![]() Arif Suyono ![]() Irfan Bachdim ![]() | Laporan | Norshahrul Idlan ![]() |
Laos ![]() | 0–6 | ![]() |
---|---|---|
Laporan | Firman Utina ![]() Muhammad Ridwan ![]() Irfan Bachdim ![]() Arif Suyono ![]() Oktovianus Maniani ![]() |
Malaysia ![]() | 5–1 | ![]() |
---|---|---|
Amri Yahyah ![]() Amirul Hadi ![]() Norshahrul Idlan ![]() Mahali Jasuli ![]() | Laporan | Lamnao Singto ![]() |
Indonesia ![]() | 2–1 | ![]() |
---|---|---|
Bambang Pamungkas ![]() | Laporan | Suree Sukha ![]() |
Kumpulan B
Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | Mata |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() | 3 | 2 | 0 | 1 | 8 | 3 | +5 | 6 |
![]() | 3 | 1 | 2 | 0 | 3 | 1 | +2 | 5 |
![]() | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | 4 |
![]() | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 9 | −7 | 1 |
Singapura ![]() | 1–1 | ![]() |
---|---|---|
Aleksandar Đurić ![]() | Laporan | Christopher Greatwich ![]() |
Vietnam ![]() | 7–1 | ![]() |
---|---|---|
Nguyễn Anh Đức ![]() Nguyễn Minh Phương ![]() Lê Tấn Tài ![]() Nguyễn Trọng Hoàng ![]() Nguyễn Vũ Phong ![]() | Laporan | Aung Kyaw Moe ![]() |
Singapura ![]() | 2–1 | ![]() |
---|---|---|
Aleksandar Đurić ![]() Agu Casmir ![]() | Laporan | Khin Maung Lwin ![]() |
Peringkat Kalah Mati
Separuh akhir | Perlawanan Akhir | |||||||||||
A2 | ![]() | 2 | 0 | 2 | ||||||||
B1 | ![]() | 0 | 0 | 0 | ||||||||
A2 | ![]() | 3 | 1 | 4 | ||||||||
A1 | ![]() | 0 | 2 | 2 | ||||||||
B2 | ![]() | 0 | 0 | 0 | ||||||||
A1 | ![]() | 1 | 1 | 2 |
Separuh Akhir
Separuh Akhir Pertama
Malaysia ![]() | 2–0 | ![]() |
---|---|---|
Safee Sali ![]() | Laporan |
Separuh Akhir Kedua
- Malaysia menang dengan agregat 2-0.
- Indonesia menang dengan agregat 2-0.
† Perlawanan Separuh akhir pertama sepatutnya dimainkan di Filipina. Bagaimanapun, disebabkan ketiadaan satu stadium yang melepasi piawai AFF, kedua-dua Perlawanan Separuh akhir telah dianjurkan oleh Indonesia.
Perlawanan Akhir
Perlawanan Akhir Pertama
Malaysia ![]() | 3–0 | ![]() |
---|---|---|
Safee Sali ![]() Ashaari Shamsuddin ![]() | Laporan |
Perlawanan Akhir Kedua
Indonesia ![]() | 2–1 | ![]() |
---|---|---|
Mohammad Nasuha ![]() Muhammad Ridwan ![]() | Laporan | Safee Sali ![]() |
- Malaysia menang 4–2 secara agregat
Pemenang
Piala Suzuki AFF 2010 |
---|
![]() Malaysia Juara Pertama |
Anugerah
Kasut Emas | Pemain Terbaik | Permainan Bersih |
---|---|---|
![]() | ![]() | ![]() |
Penjaring gol
- 5 gol
Mohd Safee Mohd Sali (Malaysia)
- 3 gol
Cristian Gonzáles (Indonesia)
Muhammad Ridwan (Indonesia)
- 2 gol
|
|
|
- 1 gol
|
|
|
- Gol sendiri
Mohd Asraruddin Putra Omar (1) (untuk Indonesia)
Statistik pasukan
Jadual menunjukkan prestasi keseluruhan pasukan.
Ked | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Perlawanan Akhir | |||||||||
1 | ![]() | 7 | 3 | 2 | 2 | 12 | 8 | +4 | |
2 | ![]() | 7 | 6 | 0 | 1 | 17 | 6 | +11 | |
Separuh Akhir | |||||||||
3 | ![]() | 5 | 2 | 1 | 2 | 8 | 5 | +3 | |
4 | ![]() | 5 | 1 | 2 | 2 | 3 | 3 | 0 | |
Tersingkir di Peringkat Kumpulan | |||||||||
5 | ![]() | 3 | 1 | 1 | 1 | 3 | 3 | 0 | |
6 | ![]() | 3 | 0 | 2 | 1 | 3 | 4 | –1 | |
7 | ![]() | 3 | 0 | 1 | 2 | 2 | 9 | –7 | |
8 | ![]() | 3 | 0 | 1 | 2 | 3 | 13 | –10 |
Liputan media
Kontroversi
Pada perlawanan akhir pertama antara Indonesia dengan Malaysia, penyokong Malaysia mengganggu pemain pasukan Indonesia dengan sinar penunjuk laser hijau, terutamanya kapten Firman Utina dan penjaga gawang Markus Haris Maulana. Perlawanan dihentikan pada minit ke-53 selama 8 minit selepas pemain Indonesia membantah dengan keluar padang. Pemain Indonesia yang boleh dikatakan kehilangan konsentrasi tewas perlawanan ini 3-0. Pada perlawanan kedua di Jakarta, penyokong Indonesia membalas dengan menyinar laser hijau ke arah penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat.
Post a Comment
0Comments