|
Arsenal mempunyai kelebihan satu mata di hadapan United yang berada di kedudukan kedua dengan baki satu lagi perlawanan dan kedua-dua kelab akan bertemu di Old Trafford, bagaimanapun Evra turut menimbulkan keraguan terhadap peluang gelaran oleh Gunners.
“Bagi saya, pertarungan itu (dengan Arsenal) adalah sekadar latihan pusat. Saya dengar mereka dibandingkan dengan Barcelona namun orang pada 20 tahun ini tidak akan mengingati tentang bola sepak Arsenal.
Bek kiri Perancis itu juga berkata, juara bertahan England, Chelsea, yang hanya kekurang satu mata di belakang, berada di tempat ketiga ketika ini, merupakan ancaman utama kempen kelab itu.
“Arsenal adalah kelab hebat yang tidak memenangi apa-apa dalam tempoh lima tahun dan itu adalah satu krisis. Musuh sebenar kita adalah Chelsea.
“Kami boleh tewas menentang mereka (Arsenal) namun, apa yang ada di sana? Tiada apa-apa. Tiada trofi dan apa-apa pun.
Bagaimanapun, pengurus Arsenal, Arsene Wenger tidak kisah pun dengan komen yang dilontar Evra.
“Kami tidak mahu membincangkan tentang cakap-cakap sebegitu sebelum perlawanan. Kami mahu kekal fokus tentang cara kami mahu beraksi dan tidak menghiraukan segala provokasi sebegitu sebelum perlawanan.
“Kami bermotivasi dengan kemahuan untuk memenangi perlawanan dan dengan kualiti bola sepak yang kami mahu untk beraksi. Secara peribadi, jika anda pemain yang hebat, anda akan sentiasa menghormati lawan anda dan inilah apa yang kami cuba lakukan,” kata Wenger.