DESAS desus mendakwa bekas ketua jurulatih Perlis, Yunus Alif bakal tinggalkan skuad Singa Utara dan seorang pengendali baru dijangka dilantik dalam tempoh terdekat ini, hangat diperkatakan kebelakangan ini.
Difahamkan, sejak berakhirnya Liga Malaysia lalu, pengendali berasal dari Kuala Terengganu itu dilaporkan disebut-sebut bakal dilantik mengendalikan pasukan baru untuk menghadapi kempen Liga Malaysia, musim depan.

Rundingan antara kedua-dua pihak, pengurusan pasukan dan Yunus dikatakan kini sudah hampir mencapai kata sepakat dan berada di peringkat akhir sebelum menandatangani kontrak.
Pasukan terbabit dikhabarkan begitu berminat untuk menggunakan khidmat bekas pemain skuad Olimpik negara itu bagi merealisasikan impian pasukan berkenaan untuk berada dalam kelompok tiga terbaik pada kempen Liga Super dan menjulang sekurang-kurangnya satu piala pada Liga Malaysia 2011.
Yunus Alif ketika dihubungi enggan menyatakan secara jelas melainkan sekadar menyatakan belum `ada hitam putih' sama ada mengikat kontrak dengan pasukan berkenaan atau sebaliknya.
"Apa yang saya boleh katakan ketika ini, belum ada sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu. Saya akui memang ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan termasuk pasukan berkenaan.
"Bagaimanapun, setakat ini, belum ada sebarang keputusan atau hitam putihnya kerana rundingan masih dijalankan," katanya tanpa menafikan pasukan itu memang menjadi pilihannya.