PENYOKONG menggunakan kereta untuk menegakkan patung Rooney beberapa jam sebelum dibakar (kanan) tanda protes sikap penyerang United itu.
LONDON: Selepas mengecewakan negaranya, penyerang England, Wayne Rooney ‘dibakar’ sehingga menjadi abu oleh peminatnya yang kecewa.
Patung yang menyerupai pemain 24 tahun itu dibakar kelmarin sebagai sebahagian daripada sambutan acara unggun api yang disambut setiap tahun di England, dan Rooney menjadi sasaran selepas aksi hambarnya ketika Piala Dunia.

England tersingkir pada pusingan kedua di Afrika Selatan 2010 dan Rooney dipaksa memohon maaf selepas satu perlawanan kerana berkata di depan kamera TV: “Bagus melihat penyokong sendiri mencemuh anda. Itulah sokongan setia sebenar.”
Sebahagian besar penyokong masih tidak dapat memaafkan Rooney – terutama pengikut setia United yang kemudian melihat penyerang bintang itu mengugut mahu meninggalkan United bulan lalu, sebelum menukar fikiran dan menandatangani kontrak baru bagi tempoh lima tahun akan datang.
Keadaan bertambah buruk dengan tuduhan kecurangan Rooney yang mengadakan hubungan sumbang dengan pelacur.
Upacara membakar patung yang memakai jersi United bernombor 10 itu disaksikan beberapa ratus peminat di pekan Edenbridge. – AP