Korea Selatan tebus kecewa




Korea Selatan mencerahkan peluang ke peringkat kalah mati selepas membelasah Jordan 4-0 dalam saingan Kumpulan C, bola sepak Sukan Asia, semalam.

Korea Selatan menebus kekalahan di tangan Korea Utara pada perlawanan pembukaan kumpulan kelmarin dan kejayaan ke atas Jordan itu meletakkan Korea Selatan di landasan tepat untuk ke peringkat kalah mati nanti.

Koo Ja-Cheol meletakkan Korea Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-24 dan sekali lagi menggegar jaring lawan pada masa kecederaan babak pertama.

Perjuangan Jordan ditamatkan Kim Bo-Kyung ketika babak kedua baru dimulakan dan Cho Young-Cheol melengkapkan kemenangan besar Korea Selatan menerusi gol keempat, 12 minit sebelum tamat.

Jordan kini berada di ambang risiko tersingkir daripada saingan kerana hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan layak manakala empat pasukan di tangga ketiga akan dipilih untuk turut serta.

Sementara itu, Turkmenistan membelasah Vietnam 6-2. Perlawanan itu sepatutnya berakhir dengan keputusan 6-0 tetapi kelekaan benteng pertahanan skuad Asia Barat itu pada lewat permainan membolehkan Vietnam menghasilkan dua gol.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.