Aksi Lampard ditagih

LAMPARD masih dibelenggu masalah kecederaan di bahagian pangkal paha.

Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berharap pemain tengah, Frank Lampard kembali cergas, sekali gus beraksi secepat mungkin dalam saingan Liga Perdana England.


Ia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Michael Essien selepas pemain antarabangsa Ghana itu dilayangkan kad merah ketika membantu kemenangan 1-0 Chelsea ke atas Fulham awal pagi semalam.

Pada aksi di Stamford Bridge itu, skuad The Blues berjaya mengukuh- kan kedudukan selaku pendahulu liga hasil jaringan tunggal Essien pada minit ke-30.

Begitupun, Ancelotti ternyata kurang senang dengan tindakan penga- dil yang melayangkan kad merah ke- pada Essien selepas dia melakukan terjahan ke atas Clint Dempsey.

"Saya tidak mahu menilai keputusan yang dibuat oleh pengadil itu tetapi saya merasakan ia tidak patut kad merah.


"Memang Essien melakukan satu terjahan keras tetapi ia adalah pada bola dan sama sekali tidak mendatangkan bahaya kepada pemain lawan.

"Kini, Essien bakal terlepas tiga perlawanan dan ia pastinya suatu yang sukar buat kami (Chelsea)," jelas Ancelotti.

Disebabkan itu, Ancelotti kini menaruh harapan agar Lampard kembali cergas sepenuhnya untuk diturunkan selepas terpaksa diketepikan sejak Ogos lalu ekoran masalah kecederaan pangkal peha.

"Dia (Lampard) kini telah menjalani latihan semula bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain sejak dua hari lalu.

"Apa yang saya lihat, Lampard tidak menghadapi sebarang masalah dan dia menunjukkan tahap keyakinan yang tinggi.

"Saya percaya dia boleh diturunkan biarpun bukan untuk tempoh 90 minit perlawanan," kata Ancelotti.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.