Beira-Mar lepaskan Nazmi Faiz

Picture
Bintang muda negara, yang kini berkelana di Portugal, Nazmi Faiz Mansor dilaporkan akan diberi pelepasan selama enam bulan oleh kelabnya, SC Beira Mar.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Krisis kewangan punca Nazmi Faiz pulang ke Malaysia?

Kelab Portugal Beira-Mar telah mengesahkan bahawa mereka telah membenarkan Nazmi Faiz untuk bermain di Malaysia selama enam bulan.

Pemain sensasi Harimau Muda Nazmi Faiz baru sahaja tiba di Kuala Lumpur dari Portugal untuk bermain di Malaysia.

Pegawai media Beira-Mar Luis Viegas telah mengesahkannya kepada FOXSports.my: "Ya, kami telah memberi kebenaran untuk beliau kembali ke Kuala Lumpur.

"Beliau akan bermain di Malaysia selama enam bulan."

"Kami juga dalam perancangan untuk membawa beberapa pemain Malaysia untuk bersama kami.

"Saya tidak boleh memberikan nama sesiapapun tetapi kami akan menunggu tindakan dari wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).


"Peningkatan dalam corak permainannya amat jelas dan kami yakin beliau akan kembali ke Beira-Mar, lebih kuat."

Ia juga telah dikhabarkan bahawa Nazmi akan bermain dengan Selangor PKNS tetapi setiausaha kelab itu Mahfizul Rusydin Bin Abdul Rashid telah berkata: "Setakat ini saya tidak boleh memberi komen."

Sejak musim perpindahan Liga Super Malaysia belum bermula, ia dijangkakan bahawa Nazmi Faiz akan bermain untuk Harimau Muda atau Harimau Malaya.

Apabila dihubungi, Jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee menafikannya dan berkata: "Saya tidak dimaklumkan tentang Nazmi yang telah kembali ke Malaysia dan tentangnya dilepaskan selama 6 bulan. Jadi saya enggan mengulas lebih lanjut."

Picture
PKNS akur dengan syarat FAM yang hanya membenarkan Nazmi Faiz bermain pada April

PKNS FC ikat Nazmi tiga tahun

PKNS FC mengesahkan mereka telah mengikat kontrak dengan Nazmi Faiz selama tiga tahun dari kelab Portugal, Beira-Mar.

Pegawai kelab PKNS Mahfizul Rusydin Bin Abdul Rashid telah memberitahu FOXSports.my: "Ya kami akan mengumumkan Nazmi Faiz esok dalam sidang media.

"Maklumat lebih lanjut akan diumumkan esok pada jam 3 petang nanti di Kompleks Sukan PKNS."

Presiden PKNS, Noor Hisham Gouth turut mengesahkan perkara ini kepada Astro Awani: "Nazmi sudah tandatangan kontrak bersama kami untuk tiga tahun dan dia kini sah milik PKNS.

"Untuk mendapatkan pemain seperti Nazmi adalah sesuatu yang diidamkan mana-mana pasukan di negara ini," jelas Noor Hisham.

Menurutnya lagi, ejen Nazmi, Marco Guimaraes turut memudahkan urusan perpindahan pemain itu.

"Terdapatnya peraturan di mana pemain amatur dibenarkan untuk disenaraikan sekiranya sesuatu pasukan itu mempunyai pemain yang diambil mewakili negara.

"Dalam konteks PKNS, kami ada pemain yang didaftarkan dalam skuad bawah 21 tahun kebangsaan jadi ada kekosongan buat Nazmi disenaraikan dalam pasukan."

Nazmi sebelum ini dilepaskan kelab Liga Super Portugal, SC Beira Mar selama enam bulan selepas pemain itu dikatakan mahu pulang ke tanah air.

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.