Fakta Kickbola Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.1)

Pemain Inggris (dari kiri) Shaun Wright-Phillips, Ashley Cole, Rio Ferdinand dan Adam Johnson usai pertandingan babak kualifikasi Piala Eropa 2012 di stadion Wembley, London (12/10). REUTERS/Eddie Keogh

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Fakta Kickbola Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.1)



El-Hadji Ousseynou Diouf Rio Ferdinand menafikan menyerang Ashley Cole di Twitter mengenai isu perkauman akibat tindakan Cole menyebelahi John Terry.
Pertahanan antarabangsa England, Rio Ferdinand dihujani kritikan melampau daripada penyokong Chelsea yang berang terhadap serangan rasis bek Manchester United itu ke atas Ashley Cole di laman Twitter, baru-baru ini. – Independent

Bekas pemain Liverpool, Harry Kewell telah menerima anugerah Pemain Terbaik Australia Sepanjang Masa di Sydney. – insideworldfootball

Untuk makluman perlawanan SABAH XI menentang QPR, Sabah akan menjemput pemain luar. Antara nama yang di jemput menyarung jersi SABAH XI yang sudah member reaksi positif dengan perlawaan SAFA ialah Oktovianus Mainani , Titus Bonai , Baihhakki Khaizan , Saiful Esah dan Robert Gaspar. Walau bagaimana pun ini semua bergantung dengan FA masing masing, sama ada mahu melepaskan pemain mereka untuk bermain di perlawanan ini atau tidak. – SabahRhinos

Bekas rakan Robin van Persie di kelab Arsenal, Sol Campbell berkata "Arsenal perlu berbelanja sehingga £100 juta pada musim perpindahan sekarang dan itu mungkin 1 cara untuk menangguhkan hasrat van Persie untuk berpindah." Dalam pada itu, Robin van Persie telah tiba di London pada hari ini untuk membincangkan lebih lanjut hasrat beliau tidak mahu melanjutkan kontraknya bersama Arsenal. – Dailymail

Mafry Ballang sah di pinjam oleh kelantan untuk piala Malaysia nanti. Azizon bakal di pinjam oleh ATM. Felda,T-Team dan beberapa lagi Pasukan akan Cuba meminjam pemain Sabah. – Kelab Penyokong Sabah FA

Pengurus Barcelona, Tito Vilanova telah menjadikan pemain Arsenal, Thomas Vermaelen sebagai sasaran utamanya musim panas ini selepas rancangan untuk membawa David Luiz ke Nou Camp menemui jalan buntu. – mirror

VIDEO HARI INI: David Beckham, superstar bola sepak Britain kini bekerjasama dengan Samsung dalam menjayakan iklan terbaru syarikat elektronik dari Korea itu.
Picture
Iklan ini dikeluarkan bersempena dengan Sukan Olimpik London 2012 juga untuk mempromosikan lagi penggunaan Samsung Galaxy Note di kalangan peminat smartphone Android. David Beckham turut dilantik menjadi Duta rasmi Sukan Olimpik 2012 bahkan terlibat menjayakan program Samsung Global Blogger yang dianjurkan pada April 2012.
Picture

Beckham menampakkan kepada penonton betapa mahirnya beliau memainkan irama drum hanya dengan tendangan bola menggunakan kaki, kepala lutut, bahu.
Picture

Bunyi drum yang dihasilkan oleh Beckham adalah mengikut alunan irama lagu Ode To Joy, karya Beethoven.



Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.