Kenali Brendan Gan Pemain Import Sabahawk

SEBAIK sahaja kelibat awang import dibenarkan beraksi semula dalam Liga Malaysia, Sabah tidak membuang masa menyambar pemain warga Australia, Brendan Gan.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)

Kenali Brendan Gan Pemain Import Sabahawk

Brendan tiba di Kota Kinabalu pada 17 November 2011 bersama dengan rakan senegara, Michael Baird dalam usaha mengembalikan reputasi gah kegemilangan Sabah suatu ketika dahulu.

Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengikat kontrak selama satu tahun bekas pemain kelab Sydney FC itu dan kehadirannya memberi impak kerana berjaya menarik minat ribuan penyokong Sabahawks berkunjung ke Stadium Likas setiap kali perlawanan berlangsung.

El-Hadji Ousseynou Diouf Bintang Import: Brendan idam jersi Malaysia.
Info menarik mengenai Brendan, walaupun dilahirkan di Sutherland Shire, Australia, dia dikatakan berpeluang menyarung jersi kebangsaan sama ada Harimau Malaya ataupun Australia kerana bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Walaupun belum memuktamadkan sama ada beraksi untuk Malaysia mahupun Australia, Brendan dalam sesi wawancara pernah menyuarakan minat menyertai dengan skuad kebangsaan jika diberi kesempatan oleh pengendalinya, Datuk K Rajagobal.

Profil Nama: Brendan Gan
Tarikh lahir: 3 Jun 1988
Tempat lahir: Sutherland Shire, Australia
Berat: 1.78 m
Posisi: Penyerang tengah.

Kelab diwakili -
Sutherland Sharks (2008)
Sydney FC (2008–2011)
Bonnyrigg White Eagles (2011–2012)
Sabah FA (2012)

Share this news articles:

Followed us at Facebook, Twitter, and Telegram for top news football soccer stories everyday.
Click 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.