MH370

Terkini

Johor FA dapatkan khidmat Gabriel Batistuta



Gabriel Batistuta bantu Johor FA.



Selepas Fandi Ahmad, kini Johor FA akan mendapatkan khidmat bekas pemain Argentina, Gabriel Batistuta.

Pada minggu lepas, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail, Tunku Mahkota Johor mengumumkan di laman Twitternya tentang pelantikan pemain Singapura, Fandi Ahmad sebagai pengurus dan penasihat bagi Johor FA.

Tunku Ismail yang telah mengambil alih Johor FA kini dilihat akan membuat lebih banyak perubahan dalam skuad Liga Premier itu.

Semalam, baginda telah membuat pengumuman terbaru di laman Twitternya yang telah menarik perhatian banyak pihak.

Baginda mengumumkan bahawa bekas pemain skuad Argentina, Gabriel Batistuta akan berada di Johor untuk membantunya dan Fandi Ahmad dalam pemilihan pemain import bagi memantapkan lagi skuad itu.

"Tiga pemain import Johor dari Brazil dah sampai di Johor petang tadi. Gabriel Batistuta ex Argentine World Cup Player akan ke Johor untuk berbincang degan Saya dan Fandi untuk lebih Mantapkan Lagi Pasukan Johor FA dan untuk assist Johor dengan Argentine Superstar Player jikalau Johor FA ingin dapat import player baru. Buat masa yang sama misi saya ialah, untuk memberi peluang kepada Player Tempatan dan Player muda untuk belajar," tulisnya di Twitter @HRHJohor2

Gabriel Batistuta yang pernah beraksi bersama Argentina pada tahun 1991 hingga 2002 di peringkat Piala Dunia kini tidak lagi terlibat secara langsung dengan aktiviti bola sepak sejak beliau bersara pada tahun 2005.

Johor FA dapatkan khidmat Gabriel Batistuta Reviewed by admin Ucop on 8:24 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.