Barca ingin bida Bale

Picture
Barcelona meminati pemain sayap Tottenham, Gareth Bale.

klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)


Barcelona bercadang melepaskan tiga pemain muda mereka kepada Arsenal dan Chelsea untuk membantu mengumpulkan dana membida Gareth Bale.

The Gunners sedang memerhatikan penyerang Barca, Isaac Cuenca dan Cristian Tello, kedua-duanya berusia 20 tahun manakala Chelsea turut berminat dengan midfielder Jonathan Dos Santos, 21.

Pemain sayap Tottenham, Bale menjadi nama utama dalam senarai sasaran pembelian kelab gergasi Catalan tersebut dan sedia menawarkan Spurs pertukaran pemain.


Barcelona menjual midfielder berpotensi Oriol Romeu ke Chelsea musim panas lepas namun perjanjian itu termasuk opsyen pembelian semula berharga £8.7 juta selepas tahun pertan dan £13 juta selepas tahun kedua – klausa yang mahu kelab sertakan dalam mana-mana penjualan ke kelab London.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger memberi amaran kepada peminat yang beliau perlu mencari wang jika mahu berbelanja besar di pasaran perpindahan.

Wenger mahukan pemain Lille yang bernilai £30 juta, Eden Hazard namun berkata wang telah menjadi isu untuk kelabnya.

Kekangan kewangan sebegini telah menjadi opsyen yang lebih murah di Nou Camp sebagai sasaran yang lebih realistik.

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.