MH370

Terkini

Maxi Lopez Sertai AC Milan

Milan telahpun mencapai persetujuan dengan Catania..



Ejen striker Catania, Maxi Lopez yakin pemain itu akan menyertai AC Milan pada Januari.

CEO Milan, Adriano Galliani mengakui Isnin lalu bahawa pasukannya akan cuba menandatangani Lopez sekiranya gagal dalam pengejaran striker Manchester City, Carlos Tevez.

"Kami lakukan semua yang perlu, kini keputusan di tangan Milan," kata Andrea D'Amico. "Kami tahu masa agak terhad, kita akan lihat apa yang berlaku."

"Kami tahu Milan mahu berpegang pada janji mereka berhubung Tevez, tapi kami pasti Maxi akan sertai Milan."

Galliani menyatakan berkemungkinan Milan menandatangani kedua-dua striker pada Januari, namun D'Amico yakin bahawa duo Argentina itu akan serasi.

"Saya rasa mereka berdua pemain berguna, mereka saling melengkapi antara satu sama lain," katanya. "Tevez terikat dalam Liga Juara-Juara dan akan mengambil masa sebulan untuk dia kembali."

"Selain itu, ketibaan Maxi Lopez akan sangat penting, tapi itu pendapat peribadi saya."

Maxi Lopez Sertai AC Milan Reviewed by admin Ucop on 7:17 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.