MH370

Terkini

Ahmad Shakir idam isi ruang kesebelasan utama Olimpik

Penyerang muda prolifik Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Md. Ali yang dipanggil semula ke skuad Olimpik negara berazam kembali menampilkan prestasi terbaik bagi mengisi kesebelasan utama.




Skuad Olimpik kendalian jurulatih Ong Kim Swee mempunyai misi getir memburu mata pertama selepas tewas dalam tiga perlawanan sebelum ini, menjelang aksi keempat Kumpulan C kelayakan Zon Asia menentang Bahrain di Stadium Nasional, Manama, 5 Feb ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berkata penggugurannya sebelum ini memberi banyak pengajaran kepadanya.

"Saya sedar pasukan ini memerlukan seorang penyerang ekoran ketiadaan Izzaq Faris Ramlan yang tercedera dan saya berjanji untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan jurulatih Kim Swee," katanya kepada Bernama selepas sesi latihan di kem latihan pusat skuad Olimpik negara bersama 24 pelatih di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Ketiadaan penyerang tinggi lampai Izzaq Faris, 22, yang masih dalam proses pemulihan selepas pembedahan lutut ACL susulan kecederaan ketika Sukan SEA Indonesia November lepas, membuka ruang kepada beberapa pemain penyerang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

Shakir yang merupakan bekas penyerang Harimau Muda A dan Kedah adalah penyerang utama skuad Olimpik negara pada pusingan pertama kelayakan Olimpik menentang Pakistan, pada 23 Feb tahun lalu.

Namun beliau disingkirkan selepas prestasinya merundum dan hanya memanaskan bangku simpanan Kedah sepanjang musim Liga Super yang lalu.

Pada musim ini yang masuk minggu keempat, Shakir kerap diturunkan dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan dan menjadi gandingan tetap penyerang import Jean Emmanuel Effa Owona serta meledakkan dua gol ketika menewaskan Johor FC 2-0 pada 14 Jan lepas.

"Dulu saya digugur kerana kurang menyerlah tetapi peluang kali ini akan saya gunakan sebaik mungkin, dan saya percaya dua gol dalam Liga Super setakat ini belum memadai untuk memastikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan Olimpik,” katanya.


Ahmad Shakir idam isi ruang kesebelasan utama Olimpik Reviewed by admin Ucop on 7:46 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Kickbola Blogspot Soccer Online News © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.